Ramai yang ingin berada di Zon selesa dan ramai juga yang mahu lari jauh dari Zon Selesa atau Comfort Zone..Bagi saya pula bila sudah pulang ke rumah bercuti rasa seolah-olah selesa dengan keadaan yang ada...Dengan ibubapa yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah, sudah rasa tempiasnya kena pada kita..rasa comfort sangat sehingga timbul sedikit sebanyak perasaan lesu dalam beribadah, tidak seperti sebelum ini, merasai sukarnya melakukan sesuatu dengan ringan tulang dan sebagainya..
Itu antara effect negative pada diri saya selama berada di Zon Selesa..Sebab itulah ramai juga yang mahu lari darinya kerana berada di Zon Selesa sebenarnya bukan perkara yang baik..Is menjadikan kita senang dan selesa pada awalnya sedangkan kita sebenarnya sedikit sebanyak sudah rasa letih dan jemu untuk bermunajat kepada Allah..Lihat sahajalah ayam kampung dan ayam 'cucuk'...ayam kampung yang sentiasa berada di luar Zon Selesa, kena berdikari mencari makanan sendiri ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' sebenarnya jika dilihat memang ia perlu usaha yang lebih, gigih, nampak sukar kehidupannya..tetapi at the end, ayam berkenaan boleh survive dan tak perlu bergantung pada yang lain..itulah impact di luar Zon Selesa..
Manakala ayam 'cucuk' atau ayam bandar ini dijaga bagai menatang minyak yang penuh...di sediakan dedaknya, segala air minum sehinggalah kepada pemasangan letrik pada waktu malam..amat2 'demand'..ia berada di Zon Selesa..namun apa yang terjadi sekiranya ayam tadi dilepaskan ke luar..belum tentu ia mampu mencari makanan sendiri kerana sudah sebati dengan 'spoon-feeding'..biasa di ajar senang dan selesa...bahkan jika letrik terpadam atau guruh halilintar berdentum, ada je ayam2 itu yang mati..kurangnya antibodi..kerana tidak pernah diajar berdikari..hanya berada di Zon Selesa..Nah, pilihan di tangan kita, kita mahu yang mana..Zon Selesa yang sentiasa melemahka kita tanpa sedar atau Di luar Zon Selesa yang sentiasa memotivasikan kita dengan ujian dan cabaran..Namun, tidak dinafikan ada juga yang okay bila berada di Zon Selesa tetapi kuantitinya hanya sedikit dan ia perlulah sentiasa tadhiyyah dan istiqamah semasa berada di Zon Selesa...agak2 anda berada dimana?..
No comments:
Post a Comment