Fiat? kereta Fiat ke..no,no,no...entry kali ini sebenarnya lebih menjurus kepada Fiat Money aka FM..saya kira mostly students yang ambil banking and finance paling arif tentang term FM ini..asalnya duit yang kita gunakan sekarang tidak mempunyai nilai sedikit pun..Ia hanyalah kertas biasa sahaja, namun di beri nilai oleh Government pada hari ini (sila rujuk duit anda, ianya ada terpatri perkataan diperlakukan dengan nilai)..
kita juga boleh katakan ianya di 'force' kan untuk bernilai..misalnya seperti kupon, asalnya kupon hanyalah kertas biasa sahaja namun, apabila kita menukarkan kupon dengan duit RM10.00, secara automaticnya kupon tadi diberikan nilai sama dengan jumlah duit RM10.00 dan diperlakukan untuk membeli makanan atau minuman etc (biasanya kupon di sekolah)
Dunia hari ini, money is everything. money is the king..kalau dulu mungkin agak terkawal lagi even teruk namun sekarang no money means nothing..kejamnya dunia yang bersifat sementara ini kan..kerana apa dunia ini makin hari makin dictator, jawapannya ada pada manusia..Allah sudah pun menjelaskan dalam firmannya bahawa, dunia ini hancur di sebabkan tangan-tangan manusia..manusia lah yang merosakkannya..
Cuba kita lihat dunia pada hari ini, kerana duit, manusia sanggup bermusuhan, sanggup membunuh, malah sanggup berpaling dari agama..kerana tiada duit, statistik menunjukkan betapa ramainya masyarakat hidup dalam keadaan tiada keberkatan..Menjual sambil menipu, peniaga menipu timbangan, menjual makanan basi di pasar malam, menyorok barang2 keperluan kerana mahukan keuntungan kerana duit kurang..
Ada juga yang mencuri kabel elektrik, motor kerana mahu kan duit membeli rokok misalnya, memberi anak isteri keperluan kerana tiada pekerjaan, kalau ada pun pekerjaan tadi tidak seberapa gajinya..ramai kan yang sebegitu..impaknya, kehidupan tidak berkat, malahan duit hasil kerja-kerja tadi menyebabkan hati makin kelam, hidup tidak ceria malah paling menyedihkan, doa kepada Allah tidak diterima kerana memakan harta yang tidak elok..masyaAllah..Namun, adakah kita tahu bahawa semua ini tidak akan terjadi sekiranya punca atau akar umbi penyebabnya di cantas dari awal..
Buka mata anda 360 darjah. Saya cuba melihat pada sisi berlainan, personally bagi saya sekiranya tidak berlaku oppression terhadap masyarakat misalnya dengan kenaikan harga hampir 99.99% barangan, peralatan dan sebagainya, paling tidak pun ada alternatif lain di salurkan kepada masyarakat, jika ini terjadi kita masih boleh membendung masyarakat dari hidup jauh dari redha Allah kepada mereka yang mendapat keberkatan dariNya..
Semuanya memerlukan cooperation bersama sebagaimana sistem Takaful iaitu saling membantu sesama yang lain..Saya kira, jika ini berlaku, masyarakat juga harmoni dan sistem jual beli juga bukan hanya untuk meraih keuntungan semata-mata bahkan secara tidak langsung ianya membantu mereka yang berada dalam kesusahan.Tidak ada sikap suka berkira..malah secara lump-sum ianya mengurangkan malah menjadikan indeks kesalahan jenayah menjadi sifar..semua berada dalam keberkatan..
Sungguh, duit bukanlah segala-galanya, namun untuk meraih yang lain amat2 memerlukan duit..Untuk meraih ilmu, perlu duit untuk ke sekolah.Ada di kalangan mereka yang sacrifice everything semata-mata menghantar anak ke sekolah.Supaya anak mendapat ilmu dan akhirnya membantu keluarga..Selalunya masyarakat cina.
Ada juga yang menghantar anak untuk mendapat tarbiyyah di sekolah, lantas tidak buta ilmu ukhrawi, supaya seimbang dunia akhirat..rela mengikat perut untuk makan dan minum..bukan sorang dua malah ada yang menghantar 3,4 bahkan semua anak2 ke sekolah untuk mendapat tarbiyyah dari murobbi2 yang ikhlas memberikan ilmu..
Ada juga anak2 yang masuk universiti, memberi duit loan kepada ibubapa kerana ibubapa masih menanggung adik2 yang lain..sedangkan pendapatan keluarga tidak mencukupi..duit mengalir macam air..ada juga anak2 yang makan,minum dan membeli kelengkapan seadanya kerana pada masa yang sama teringat ibubapanya makan apa di rumah sedangkan duit hanya sedikit tinggal untuk bayar bil telefon, elektrik, air setiap hujung bulan..
Kadang dua bulan baru bayar..ini realiti..ada juga ketika raya sudah mahu menjelang esoknya, malam itu baru mencari pakaian untuk adik2,ibubapa dan diri sendiri, dia menggunakan duit loan untuk membeli pakaian baru, agar orang lain tidak mengata bukan2 kepada ibubapanya..itu sekadar satu dua realiti..
Namun, apa yang penting dan lebih berharga dari duit yang bersifat sementara adalah ilmu..dengan adanya ilmu, even duit tidak mencukupi, mereka tidak cepat melatah apatah lagi menyalahkan Allah..Ada yang di uji dengan wang ringgit..
Jika tidak wang ringgit, ada pula diuji dengan anak2 bermasalah..memeningkan ibubapa, sehingga memberi stress dalaman, seterusnya menyebabkan ibubapa kemurungan serta hilang perasaan sabar..semua itu ujian..ujian sebelum akhirnya kita di masukkan ke dalam Jannah Allah sekiranya kita bertahan dan terus bertahan..
Ingat, nikmat hidup, bernafas, di lahirkan sebagai Muslim lebih hebat lagi nikmat itu berbanding dugaan dan ujian yang kita hadapi..Anda, saya, kita tidak berseorangan sebenarnya..banyakkan berdoa (ada step2 tertentu doa mustajab), mathurat jangan tinggal (itu untuk kekuatan kita kerana As-Syahid HABanna sudah pun memilih doa2 yang muktabar), nak hebat lagi, bangunlah malam..
Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar rintihan hamba2Nya..Percayalah, namun ia bukanlah dapat terus, ada sesetengah Allah lambatkan untuk menunaikan doa hambaNya..paling penting kena redha, bukan setakat sabar sahaja..
No comments:
New comments are not allowed.