Wednesday, September 15, 2010

Renungan bersama


sekadar hiasan

Berikut adalah petikan dari ulama-ulama muktabar untuk diambil oleh mereka yang bergelar ibu dan bapa supaya tidak membebankan dalam urusan perkahwinan anak-anak kita. Ini juga merupakan bahan tarbiyah tambahan dalam mengendalikan urusan perkahwinan tersebut.

Petikan pertama :

Sheikh Yusuf Qardawi (Halal dan Haram Dalam Islam)

“Seorang ayah tidak boleh memperlambatkan perkahwinan anak gadisnya kalau ternyata telah dipinang oleh lelaki yang sekufu, beragama dan berbudi.

i)Sabda Rasulullah saw : Ada tiga perkara yang tidak boleh dilambatkan, iaitu 1) solat apabila waktunya telah tiba, 2) jenazah apabila sudah datang 3) seorang perempuan apabila sudah didapati (jodohnya) yang cocok (sekufu). (HR Imam Tarmizi)

ii)Sabda Rasulullah saw: Kalau datang kepadamu orang yang kamu telah setujui agamanya dan budi pekertinya, maka kahwinkan anakmu dengan dia, kerana kalau tidak kamu laksanakan, maka dia (anakmu) itu akan menjadi fitnah dipermukaan bumi ini dan kerusakkan yang sangat besar. (HR Iman Tarmizi)

iii)Sabda Rasulullah saw : Hai para pemuda! Barangsiapa diantara kamu sudah mampu kahwin, maka kahwinlah, kerana dia itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. (HR Bukhari).

Setiap muslim tidak boleh menghalang-halangi dirinya supaya tidak kahwin kerana khuatir tidak mendapat rezeki dan menanggung yang berat terhadap keluarganya. Tetapi dia harus berusaha dan bekerja serta mencari anugerah Allah SWT yang telah dijanjikan untuk orang-orang yang sudah kahwin itu demi menjaga kehormatan dirinya. “

Petikan kedua :

Abdullah Nasih Ulwan (Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam Bab 2)

“ Mengapa Allah SWT mensyariatkan perkahwinan ?

1) Memelihara keturunan : surah an Nahl : 72

" Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezki dari yang baik-baik. Maka Mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari nikmat Allah ?"

2) Menyelamat masyarakat daripada segala penyakit dan bencana

Sabda Rasulullah saw : Tiada bahaya dan tiada membahayakan (Riwayat Imam Malik dan Ibnu Majah)

3) Ketenteraman jiwa dan rohani : surah Ar Rum : 21

"dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

4) Menghasilkan zuriat Islam yang soleh. Sabda Rasululllah saw : Bernikahlah kamu supaya kamu berketurunan, dan supaya kamu menjadi ramai, kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan kamu terhadap semua umat di hari kiamat (Riwayat Abdul Razak dan Al Baihaqi)

Wahai saudaraku para pendidik! Ketika si anak itu memahami semua hakikat-hakikat yang tersebut mengenai perkahwinan, niscaya dia akan cenderung kepadanya, dan akan berusaha sekadar yang termampu untuk merealisasi semua cita-cita itu.

Saya hendak membisikkan sesuatu nasihat ke telinga anda, wahai anda pendidik : iaitu jika anda seorang berpunya (harta) dan ada kelebihan dari segi kewangan, maka hendaklah anda ikut serta dalam membayar bersama perkahwinan anak anda. Bantulah agar dia segera dapat melangsungkan perkahwinan supaya anda dapat menyelamatkan nya dari gangguan nalurinya serta angan-angan seks yang akan mengacau akal fikirannya. Semua ini akan membantutkan cita-citanya serta mengendalakan pelajarannya. Hal seumpama ini tidak mudah diatasi kecuali asam garam perkahwinan itu tidak terlalu diberatkan manakala perbelanjaan yang dikeluarkan itu tidak terlalu tinggi. Apabila anda mencuaikan hal ini atau tidak memperdulikannya, kemungkinan sekali anakmu itu akan tertarik ke dalam jurang merbahaya yang membawa kepada akibat yang terlalu buruk.

Kerapkali kita lihat ada ayah-ayah yang kaya raya, punya harta kekayaan yang banyak, tetapi mereka lokek untuk menghulurkan bantuan material supaya anaknya segera berkahwin. Mereka berhujjah bahawa anaknya kini sudah sampai usia baligh, yang sudah sepatutnya dia menanggung dirinya sendiri. Segala nafkah dan bantuan kepada anak itu sudah tidak perlu lagi. Sayang sekali, jika mereka mengetahui, bahawa bantuan yang mereka berikan itu sama seperti rakit yang boleh menyelamatkan si anak dari tenggelam di dalam kekacauan pemikiran, keruntuhan akhlak dan gangguan jiwa, niscaya mereka tidak akan lokek lagi untuk memberikan segala rupa bantuan yang diperlukan untuk memudahkan baginya perkahwinan itu.

Kalau begitu, wajarlah si ayah yang berpunya (harta) itu membuka kedua belah tangannya membelanjakan harta itu dengan membantu apa-apa yang perlu kepada orang-orang yang didalam tanggungjawabnya. Hendaklah dia berusaha sedaya upaya dalam hal atau sebab-sebab untuk memudahkan perkahwinan anaknya.

Sabda Rasulullah saw: Satu dinar yang anda nafkahkan pada jalan Allah, satu dinar lagi yang anda nafkahkan untuk memerdekakan hamba sahaya, satu dinar lagi yang anda sedekahkan kepada seorang miskin dan satu dinar lagi anda membelanjakan kepada keluarga mu : yang paling tinggi sekali pahalanya ialah apa yang anda belanjakan kepada keluargamu.

Dan Allah SWT tidak akan mensia-siakan pahala orang yang membuat amal yang baik.”

source via email..


from mr.google

actually, this morning, saya siapkan assingment extradition..sempatla google sikit bahan..then, petang kawan2 sekolah rendah adik datang beraya, just angkat kek coklat dalam peti ais yang buat petang semalam (menyempat lagi lepas tolong2 rumah jiran kahwin .then, lepas dah siap2 kemas all stuffs kat rumah jiran, balik buat kek coklat kukus yang simple..adik2 teringin nak makan)..jam 6 petang tadi pulak, saya just buat sambal pedas bersama telur lebih lepas kenduri for our dinner (me and 2 adik)..my mum and ayah just makan laksa and nasi lauk lain because kami punye dinner very2 spicy...adik siap minum ais malam2 sebab pedas sangat..hehe..

Ini pula gambar UDMZ yang latest di grab from ust.muzakkir fb..i wish speedy recovery for ustaz condition and discharge as soon as possible..



No comments:

Post a Comment