Friday, September 17, 2010

Sahabat

Alhamdulillah kemeriahan Syawal masih terasa. Pada post kali ini saya ingin menekankan betapa perlunya seorang insan dengan orang disekelilingnya. Dengan kata lain betapa perlunya seseorang insan dengan sahabat disekelilingnya. Perlu ditekankan disini, perlunya kita kepada sahabat bukan kawan ya, tetapi sahabat. Jika bercakap tentang kawan, kita boleh mendapatkan ramai kawan dalam tempoh masa yang amat singkat. Sebagai contoh, kawan satu kelas, rakan sekerja, rakan sepermainan, dan rakan secourse. Tetapi jika anda mencari sahabat, amat sukar untuk ditemui, dan apabila anda telah bertemu dengannya. Sangat-sangat-sangat beruntunglah anda hidup didunia. Terasa manis bersamanya, itulah dia kemanisan ukuhuwwah.

Bagi saya, seorang sahabat terdiri daripada sekelompok manusia apabila kita bersamanya, merasai ketenangan dan kelazatan berukhuwwah hanya kerana Allah, dengan kata lain tiada kepentingan lain. Apabila kita bersamanya juga, kita dapat merasakan satu kekuatan yang dapat memelihara iman kita, seperti sahabat Rasullah yang merasa kuat (bermaksud kuat hubungan dengan Allah) apabila berdamping dengan rasulullah. Apabila melihat seorang sahabat, akan mengingatkan kita kepada Allah tuhan sekelian alam. Malah mereka (sahabat) ini amat peka terhadap kita dalam segenap sudut (termasuk tahap iman kita) dan mereka (sahabat) akan terguris hatinya apabila mendapat tahu yang kita melanggar larangan Allah dan tidak mengerjakan suruhannya. hati sahabat amat sensitif apabila mendapat tahu ada diantara kenalannya yang dahulunya bersama-sama dengannya mengejar redha Allah dan berusaha sedaya upaya menjadikan islam sebagai suatu cara hidup yang lengkap (way of life) kecundang dek kerana hasutan syaitan dan persekitaran jahiliyyah pada hari ini yang menyembelih iman kita. Gurauan sahabat bukan kerana ingin memalukan atau mengenakan kita, tetapi hanya untuk mewujudkan kemesraan diantara kita hanya kerana Allah, oh alangakah indahnya! Sahabat adalah mereka yang sedaya upaya meletakkan syara’ dihadapan dalam apa jua keadaan dan mengimpikan suatu hari nanti dunia ini dibawah payungan islam dan berusaha kearah itu. Apabila kita susah atau berada didalam kesempitan, sahabat orang yang pertama menghulurkan bantuan tanpa perlu dipinta. Mereka juga tidak lokek untuk menawarkan pertolongan hanya untuk mencari redha Allah.

Manakala seorang kawan hanyalah teman dikala kita senang dan akan meninggalkan kita apabila kita berada dalam keadaan susah. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan saya ini. Walauapun ada yang berkata kawannya baik dan beakhlaq serta tidak membuat perkara keji diatas. Perlu diketahui disini, bagi saya baik serta berkhlaq menurut kaca mata masyarakat belum cukup untuk menjadikan seseorang itu menggapai redha Allah. Bagi saya, mereka yang berakhlaq dengan akhlaq islam itu yang paling utama. Iaitu dengan sedaya upaya mengerjakan segala suruhan Allah dan menjauhi larangnnya. Apabila kita bersamanya, tidak mengingatkan kita kepada sang pencipta malah hati kita cenderung untuk melakukan dosa dek kerana iman telah tewas dengan nafsu. Mereka (kawan) tidak peka dengan keadaan iman kita, malah membiarkan kita larut dan terus hanyut dibawa oleh arus jahiliyyah yang amat deras pada hari ini. Alhamdulillah saya bersyukur kerana telah dikurniakan sahabat (bukan kawan tapi sahabat) disekeliling saya(lebih dari seorang). Anda bagaimana? Jika belum berjumpa dengannya maka carilah, sungguh anda akan bahagia hidup di dunia. Jika anda pernah terjumpa dengannya (sahabat) suatu ketika dahulu tetapi sekarang tidak lagi, carilah ia kembali kerana anda berada dalam kerugian yang amat sangat. Sugguh! Dia (sahabat) sedang menunggu kehadiran anda. Jika anda telah berjumpa dengannya dan sedang mendampinginya ( keep close), maka anda amat beruntung kerana bukan senang untuk berjumpa dengannya (sahabat).

source from deenworker
perkongsian yang sangat bermakna..
this morning breakfast spaghetti, lunch kat kenduri, dinner spaghetti, kek and pizza..adik2 esok dah balik asrama, ke Kelate, so buat special raikan diorang...simple aje bila buat if tengok resepi kat tenet..sangat2 membantu..

No comments:

Post a Comment