Friday, May 22, 2009

Mr.Google yang baik hari ni...


saya melilau rata dengan mr.google....sampai2 saja saya terlihat blog k.irma...senior sekolah lama (MATRI)....Banyak juga la kenangan dengan akak yang sorang ini...Katanya dalam blog, dia seorang bibik di London yang suka pergi car boot sale...Percayalah kalau saya sekali pun bila tengok car boot sale pun teringin sesangat nak pegi...

K.Irma memangnya pilihan Allah, dipilih ke London, walau bukan atas sebab further study tapi menjadi babysitter pun apa salahnya...Janji oversea, yea...Mesti akak yang sorang ni petah englishnya sudah mantap dan hebat...Bersama anak2 akhi Fauzi dan Kak Siti...wah manjanya mereka dengan akak yea...

Ni antara gambar favourite saya dari lensa k.Irma...cantik tropiary ni akak...sebenarnya pagi ini saya akan ke ijtima'....seperti biasa rutin harian jumaat...semalam penat aje memanjang tetapi tidur tetap lewat juga...selamat menempuh exam untuk paper yang seterusnya pada achik dan especially abang yang jauh di perantauan....dengar kata sudah habis 6/7 paper...dan ada banyak lagi yang menunggu selepas ini....semoga sentiasa kuat semangat yea..

Thursday, May 21, 2009

Mahkamah PATI

Start semalam lagi Pendaftar PATI, Puan Norida ingatkan saya supaya pakai dress code untuk ke Ajil esok...saya akan ke mahkamah PATI (Pendatang Asinh Tanpa Izin)....Paginya kami berkereta berpecah dua...ramai yang nak ikut....

Sampai area lapan lebih....Ramai juga pendatang dari Bangladesh, Myammar,Indon, Thai...Rohingya tak perasan pula...Kelakar pun ada, pasal depa tak faham bahasa malaya...nnt akan di apdet lagi...

Wednesday, May 20, 2009

Slide



sekadar selingan mereka yang dekat di hati saya...

Tuesday, May 19, 2009


lama saya tak membuka kantung email yang berjumlah ratusan2 itu...hari ini kebetulan saya balik agak awal dari kompleks mahkamah...jadi masa sengang begini, bila tunggu housemate yang belum pulang saya ambil kesempatan check email...tup2 terjumpa gambar anak laila yang comel,namanya Dzaatin Nithaqaain Auni....seorang mujahidah sudah lahir ke dunia...moga menyambung perjuangan ummi dan abinya...

Monday, May 18, 2009

Stage Kehidupan





Assalamualaikum,minggu ini saya kira sudah 2 minggu attachment di kompleks...Tuan Rosli, Pendaftar Mahkamah Majistret pernah tanya kami mengenai staf2 di situ...Kebanyakkan mereka friendly and very helpful...itulah jawapan saya...Ahad depan Tuan kata nak tengok report daily yang saya kena tulis dalam buku log praktikal...siap dalam BI lagi...

Sepanjang hari ini saya berjumpa majistret Tuan Azhar, sekadar meminta permission masuk court dan duduk di barisan depan ditepi...Tuan Azhar tidak banyak cakap..cukup dengan bahasa yang ringkas Tuan memberi permission...katanya pastikan pakai dress code hitam putih macam lawyer2 yang lain...Jurubahasa Tuan Azhar seorang yang baik, umur sudah ke akhir usia,merangkap senior interpreter...Yang kagumnya saya, sepanjang laluan ke bilik Tuan Azhar, berderet sourvenier2 dan stuff2 dari hotel berderet tersusun kemas...Betul, memang banyak sampai saya sendiri tak percaya pada mulanya...

Meneroka alam kehidupan dalam stage2 berbeza sebelum practising agak mengerunkan...Bayangkan betapa Rules of High Court, Criminal Procedure Code, Evidence Act pun belum khatam..Ini baru undang2 dunia ciptaan manusia yang lemah...Terlalu banyak kekurangan...berlainan dengan divine rules iaitu al-Quran yang menggariskan sesuatu yang bersifat kekal dan sesuai sepanjang zaman....

Saya agak, terlalu sukar nya nak meneruskan perjalanan alam study yang penuh cabaran tapi itulah namanya jihad...jihad menuntut ilmu yang mulia...sampai sini dulu...

Saturday, May 16, 2009

Cuti Yang Memenatkan


Walaupun cuti selama 2hari, namun banyaknya perkara perlu dibuat...Benarlah seperti kata Hassan Al-Banna "Tanggungjawab itu lebih besar daripada waktu" ia menandakan betapa banyaknya perkara yang perlu dikerjakan manakala masa begitu cepat berlalu...

Saya pergi duplicate kunci rumah sewa, membaik pulih kasut heel yang tercabut di bawahnya, membeli sedikit stock makanan kerana sudah habis, temankan adik ke Pusat Rawatan Ikhtiar kerana kesihatan adik, temankan ibu ke Pusat Homeopathy Wanita dan Kanak2...Ibu saya yang sorang itu terlalu obses terhadap homeopathy than ubat2 hospital...Katanya banyak bahan kimia tetapi dengan homeopathy, ia hanya menggunakan herba dan akan mematikan penyakit sehingga ke akarnya...cuma kesannya agak lambat berbanding ubat hospital...

Petangnya, saya sampai di rumah sewa dan bersantai2 sekejap...menunaikan hak pada badan yang sudah lemah tahap zero...Kepanasan rumah yang tidak bersiling dengan cuaca panas keterlaluan memaksa saya tidur dekat dengan dapur...Nasib baik tiada sesiapa di rumah...Kebanyakkan penyewa rumah memang selalunya akan ke mana2 tengahari sehingga asar...memandangkan rumah ketika itu panas macam oven...memang kulit pun kemerah merahan dan sedikit gelap...penangan panas melampau...Bahang rumah di tengah2 bendang tanpa pokok2 di sekitar memang begitu...Angin pula hanya sesekali sahaja....bertiup2 seakan2 bermain2 tarik tali pula...

Tiba2 aja, abang, anak tuan rumah mengetuk pintu...saya terus capai tudung dan ke bawah...Rupa2nya abang nak bagi mempelam yang dah dipotong2...saya tergamam..ye la setakat hari ni saya menyewa ini pertama kali tuan rumah menghulurkan makanan..Kebetulan hanya saya yang ada di rumah...Sebelum ni memang akak2 penyewa selalu sahaja cerita keramahan dan baik hatinya tuan rumah...Tapi tak sangka masa saya sorang saja ada pun tuan rumah sebegini...MasyaAllah, ini rezeki petang sabtu la kiranya....Yang terkejutnya, mempelamnya memang besar sangat...saya baru first time tengok besarnya mempelam tu..tak dapat nak gambarkan..bayangkan mempelam tu lebih besar dari pinggan yang diberi...pinggan nasi yang normal, size standard tu...Moga Allah menambahkan rezeki tuan rumah dan keluarga...Amin...

Friday, May 15, 2009

Perginya Ke Alam Abadi





Isteri kepada Al-Fadhil Dato' Dahlan Mohd Zain, Pengetua MATRI iaitu Datin Halimaton atau lebih dikenali sebagai Ummi meninggal dunia di Hospital Tengku Fauziah, semalam.

Allahyarhamah yang berusia 67 tahun meninggal dunia kerana diserang sakit jantung kira-kira jam 6.10 petang.

Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang beriman. Amin.

Al-Fatihah..!!-ini antara yang dipapar pada papan muka web MATRI...

Ummi yang saya kenali, ingati...bukan mudah melupakan ummi...

Ketika di MATRI, masih saya ingat, ummi pernah mengajar BM ketika itu, ummi sesungguhnya memang pakar dalam bahasa melayu, tiada tolok bandingnya begitu juga jika di banding dengan cikgu BM yang agak lama di Sekolah Derma, sebuah sekolah yang top juga di Perlis ketika itu....

Ummi lah tulang belakang mudir yang di sayangi...Mudir adalah panggilan kami untuk pengetua...Semasa ijtima' juga selalu sahaja saya disapa ummi, ummi ramah orangnya...Kali terakhir ketemu ummi adalah ketika 2 dekad MATRI di Beseri, Perlis...Ketika itu ummi pakai spec hitam lalu saya melawak dengan ummi "Hai ummi, sejak bergelar Datin ni, ummi makin melaram dengan spec hitam lagi" kata saya yang selalu sahaja melawak2 dengan ummi...Lalu terus aja bait2 kata saya di sangkal ummi "Tak dak la, bukannya ummi melaram pakai spec hitam, ni ha mata ummi baru lepas operate, depa ni ramai yang tak tau, tu pasal la depa dok habaq ummi ni lepas dapat Datin, asyik duk melaram ja, tak dak la, memang mata ummi tak leh kena cahaya terang" jawab ummi...Masih tergiang2 di kepala saya..

Tapi saat yang paling tak boleh saya lupa sehingga sekarang, saat saya antara yang awal mendominasi koperasi ketika itu dengan beberapa sahabat lain, ummi selalu juga menjenguk kami di koperasi...dan paling indah, saat Ustaz Akram nak kawin dengan Kak A'yan Sabitah...Ketika itu saya dan Fatimah, 2 orang aja sahibah satu form yang tidoq rumah ummi...Kami tidoq bilik Ali Karimi...pasal Ali tidoq rumah sedara dia...Time tu bayangkan saya dan Fatimah jadi bentara, siapkan potpuri dan sebagainya...

Dirumah, maasih saya ingat, mudir berjalan pelan2 ke dapur sambil mengelek bantal busuknya...Bila di ingat2, sedih dan pilu hati ini tak tertahan lagi, apatah tuntutan attachment menyebabkan saya tidak berkesempatan ke Perlis...Ummi dikebumikan selepas disolat jenazah pukul 10.30 pagi tadi...Suasana hening di ijtima' yang di adakan agak lewat menggambarkan kebanyakkan sahabat2 sejak semalam lagi berpusu2 ke utara tanah air demi seorang ummi, yang menjadi penguat dan tulang belakang mudir yang di kasihi...Semoga mudir sekeluarga sentiasa berada di bawah rahmat Allah....ummi meninggalkan anak2 sebanyak 4 orang iaitu Mohd Akmal, Amani, Mohd Akram,Ali Karimi....dan beberapa orang cucu yang comel dan bakal pewaris kelangsungan sunnah nabi...