Ini sebahagian rentetan peristiwa gempa-gempa yang berlaku sekitar kita...
# 26 Dis 2004: Lebih 170,000 terbunuh atau hilang selepas gempa bumi sekuat 9.15 magnitud dan tsunami melanda Aceh.
# 28 Mac 2005: Hampir 1,000 dipercayai maut selepas gempa bumi sekuat 8.7 magnitud melanda pantai Sumatera.
# 27 Mei 2006: Gempa bumi menggegarkan Yogyakarta membunuh sekurang-kurangnya 5,000 orang dan meranapkan lebih 150,000 rumah.
# 17 Jul 2006: Tsunami akibat gempa 7.7 magnitud di Jawa Barat membunuh kurangnya 550 orang dan 54,000 hilang tempat tinggal-sumber Reuters(org belakangnya ada Jewish root-Rupert Murdoch)
Padang, Indonesia juga bergelap akibat putus bekalan elektrik....Gempa yang berlaku menyebabkan Tanah Malaya juga merasai gegarannya...di bawah ini pula gegaran di Samoa, salah satu tanah jajahan US..
PAGO PAGO, American Samoa 30 Sept. – Sekurang-kurangnya 113 orang terkorban apabila satu gempa bumi kuat berlaku di Lautan Pasifik mencetuskan tsunami yang melanda kepulauan Samoa dan Tonga awal pagi ini.
Ombak setinggi 4.5 hingga 6 meter itu menyebabkan banyak kampung di kepulauan tersebut musnah atau ditenggelami air dan ramai pekerja hilang di sebuah taman negara di American Samoa.
Kenderaan dan mangsa dihanyutkan oleh ombak deras, manakala penduduk yang sempat melarikan diri ke kawasan tinggi masih berlindung di sana beberapa jam selepas gegaran berlaku awal hari ini.
Gempa berukuran 8.0 hingga 8.3 pada skala Richter itu berlaku pada kira-kira pukul 6.48 pagi waktu tempatan (pukul 1.48 pagi ini waktu Malaysia) kira-kira 32 kilometer di bawah dasar laut, 190 kilometer dari American Samoa, sebuah tanah jajahan Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai penduduk seramai 65,000 orang.
Gempa itu telah menyebabkan bekalan elektrik dan sistem komunikasi terputus, menyukarkan pegawai untuk memastikan tahap kerosakan dan kemalangan jiwa.
Polis melaporkan sekurang-kurangnya 63 orang terkorban di Samoa, manakala 19 disahkan maut di American Samoa, tetapi pihak berkuasa memberi amaran angka kematian dijangka meningkat melebihi 100 orang. Mangsa yang maut termasuk pelancong asing.
Pegawai di Tonga turut melaporkan enam orang maut dan empat lagi hilang di negara itu.
“Saya tidak fikir sesiapa akan terlepas daripada menerima akibat bencana ini,” kata pemangku Gabenor American Samoa, Faoa A. Sunia.
Ahli meteorologi di Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaaan di American Samoa, Mase Akapo berkata, sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh di empat kampung di pulau utama, Tutuila, manakala sekurang-kurangnya 50 lagi dilaporkan cedera.
Di Samoa, sebuah negara merdeka dengan 179,000 penduduk, wartawan Associated Press (AP) melihat kira-kira 20 mayat ditempatkan di sebuah hospital di pekan Lalomanu di pantai selatan pulau utama, Upolu.
Kawasan pantai sekitar yang menjadi tumpuan pelancong musnah dan sekurang-kurangnya tiga kampung turut ranap.-AP
Filipina diramal landa taufan lebih kuat
Mangsa banjir di Filipina diberi amaran supaya bersiap sedia menghadapi satu lagi taufan kuat yang diramal melanda negara ini pada bila-bila masa, ketika bilangan mangsa yang terjejas akibat hujan lebat ekoran taufan Ketsana kini mencecah 2.2 juta orang.
Empat hari selepas taufan tropika Ketsana membadai Manila dan kawasan sekitarnya, beberapa bahagian di ibu negara ini masih ditenggelami air keruh, sementara orang ramai yang berpusu-pusu ke pusat pemindahan memerlukan bantuan makanan, minuman dan bantuan lain.
Setkat ini, taufan itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 246 orang dan angka kematian dijangka meningkat lagi berikutan ramai mangsa yang masih hilang.
Di tengah-tengah kesibukan operasi bantuan, pihak berkuasa memberi amaran satu lagi ribut diramal melanda timur Filipina esok atau lusa.
Sunia mengisytiharkan keadaan darurat di American Samoa, dengan menggambarkan ‘kerosakan besar dan meluas melibatkan bangunan-bangunan persendirian, awam dan komersial di kawasan pantai, selain kematian dan kecederaan’.
Gabenor Togiola Tulafono yang berada di Honolulu untuk menghadiri satu persidangan memberitahu wartawan, lebih banyak mangsa mungkin ditemui apabila penyelamat memasuki kawasan yang terputus hubungan dengan jalan darat. – AP
Semoga kita di Tanah Malaya mengambil iktibar mengenai perkara yang berlaku di sekeliling kita...
No comments:
Post a Comment