Semalam, Exco Kebajikan dan Kerohanian anjurkan satu ceramah motivasi "meniti tangga kejayaan". Asalnya petang semalam, hampir maghrib saya keluar draw duit kat tepi masjid UDM, balik agak lewat juga.nak dekat pkl8.Terus saja saya dan Wardah ke Blok Othman, kebetulan Proloqour Magazine kami nak launchkan untuk tahun depan.Kiranya di samping ceramah motivasi ada sedikit selingan.
Penceramah yang ditunggu belum tiba.Asalnya ikut jadual pukul 8.30 dah start.saya jaga bahagian registration, memang ramai juga junior2 dan senior yang datang.Sambutan hebat dari sebelum ni. Lama tunggu, pkl9 baru sampai.Rupanya penceramah tu ustaz quran tajwid saya, Ustaz Mizan.Saya kenal dia sebagai guru dan juga imam masjid UDM.
Ceramah malam tu dimulakan dengan zikir2 munajat sampailah bab muhasabah. Semua lampu di tutup, alunan ayat Quran di bacakan, ustaz juga pandai bermain bahasa.intonasi suara kadang dinaikkan, nampak seolah2 ditekan perkataan2 itu, ramai sebak bila bercakap tentang dosa dengan Allah, dosa dengan ibu bapa, guru2, kawan2..Mood exam semakin dekat, masalah makin menimbun,satu lori pun tak mampu nak tampung masalah yang datang bertimpa2.Tapi kita orang Islam,mukmin yang beriman, kita ada Allah. Allah tahu hambanya kan.Malam tadi, kerusi, meja, air cond menyaksikan kami semua menitis air mata..Takutnya dengan azab Allah.Takut kalau2 Allah tarik balik nikmat paling besar dalam kehidupan kita...
Malam itu juga esakan tangisan semakin mendayu.ayat Quran dibacakn lagi.mengenai azab seksaan Allah,taubat. Kata ustaz, jika kita masih buat perkara maksiat atau perkara di larang Allah itu tandanya taubat kita belum diterima.Makin ramai sebak.Ustaz tanya siapa nak masuk syurga Allah.Tangan semuanya diangkat tinggi, semua tak nal dipinggir dari kasih sayang Allah.
**********************************************
sedikit bedah buku..dengar kata k.Irma di London best sangat cerita ni..ini sekadar ulasan daripada laman sesawang www.novelcinta.multiply.
Category: Books
Genre: Romance
Author: Noor Suraya
Panggil Aku Dahlia by Noor Suraya
Terbitan Jemari Seni Publishing
Tahun 2008
Sudah tentulah ni antara novel yang saya tertunggu-tunggu utk tahun 2008 ni. Akhirnya lahir juga setelah berhempas pulas di 'labour room'. Tahniah buat Kaksu :) sudah tentu peminat2 kaksu dah berpusu-pusu ke kedai2 buku utk mendapatkan hasil karya penulis kesayangan ramai ni.
Secara keseluruhan, kisah ini memang padat dan menarik. Wadi-Dahlia sentiasa hadir dalam interaksi yang segar dan memikat tumpuan pembaca. Mereka dilahirkan utk bermusuhan dan itulah yang mereka lakukan semasa di bangku sekolah. Part sarbat berudu tu memang meng'uwek'kan, haha. Ganas jugak aksi2 serangan balas Wadi-Dahlia ni masa zaman sekolah.
Setelah sekian lama Dahlia pergi, kini dia kembali. Wadi dan Dahlia sudah tidak seperti dulu lagi. Akal menjadikan mereka tidak samseng seperti dulu, tapi Dahlia sentiasa sangsi dengan kehadiran Wadi yang masih kelihatan nakal di matanya. Namun Wadi kelihatan sgt serius meluahkan perasaannya, setiap kali Dahlia cuba membuat Wadi pergi dari hidupnya, Wadi semakin menjadi sebahagian dari hidupnya. Masalahnya adakah Wadi masih membawa misi serangan terbesar ke atas Dahlia? Masih kreatif dan inovatif lagikah Dahlia utk merangka serangan balas terhadap Wadi? Dlm usia 24thn mereka adalah 'rival' dalam business teh di Cameron Highlands. Bapa Wadi mahu menguasai segala2nya, manakala bapa Dahlia akan cukup bersyukur sekiranya mereka dpt bertahan di dalam business ini.
Sedikit sebanyak kisah ini mengingatkan saya kepada Tanah Andriyana, jatuh cinta pada musuh keluarga. Tapi part yg lain tu tak derlah sama. yang ini lebih segar lebih romantis, lebih mencuit hati.
Misteri yg dibawa pergi Lorrinda Anilov Orbida membuat kita tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku. Berjayakah seorg arkeologist (Dahlia) mengorek rahsia aib yg berkubur dalam keluarganya? Bagi yang pernah membaca karya2 kaksu sebelum ni tentunya berdebar-debar melayari kisah ini kerana adanya watak Farhan yang mungkin berjaya merebut Dahlia dari Wadi. Memang terasa evolusi perasaan seorg Dahlia yg memusuhi Wadi kepada Dahlia yang semakin menyenangi Wadi. Kehadiran Neem dan Mia Zara menyerikan lagi kisah ini.
Dlm novel ni banyak kali gak menggunakan ayat "Wadi ni la." comel! Memang byk perbuatan Wadi yg tak disangka2 membuatkan Dahlia selalu mengeluarkan kata2 "Wadi ni la".
Penerangan lukisan karya Dahlia tu membuatkan saya teringat subjek lukisan saya yang selalu dpt warna merah dulu.. yer la.. masa sketch lukisan tu nampak macam orang, biler bubuh water color semua, jadi pokok lah pulak. Memang kerastangan bab2 melukis nih.
2nd Review by Rinn
Tajuk Novel: Panggil Aku Dahlia
Penulis: Noor Suraya
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Tahun 2008
ISBN: 978-967-5118-09-6
Ceritanya: Cerita benci jadi cinta. Musuh jadi kekasih. Memang saya suka genre yang begini. Yang paling saya suka dlm novel ni, bukan sebelah pihak menjadi mangsa dalam kisah ini. Ada sesetengah kisah, bila menceritakan genre ini, watak heroin selalu terkena dan sentiasa geram dan tertekan. Lain pulak dengan Wadi dan Dahlia. Ada saja serangan balas antara mereka. mereka seperti pahlawan ke medan perang. setiap kali menjejakkan kaki ke perkarangan sekolah, mereka hadir dengan strategi, dengan persiapan untuk serangan balas yg hebat. hehe.. mcm citer perang pulak.
Cerita ini tidak terasa kosong. Ada ilmu disisipkan mengenai sejarah arkeologi malaysia terutama di perak dan johor. Dahlia penah cuba memboring kan Wadi dengan cerita2 lama ini. owh, dan kenali jugak jenis2 teh :)
Permusuhan berpunca dari perusahaan teh yang asalnya satu menjadi dua. Datuk Ma'rof dan Megat Qais meneraju Sykt Teh Sutra dan Syarikat Teh Timor. Datuk Ma'rof mahu memiliki segalanya dari Megat Qais. Even Lorrinda, ibu Dahlia pun dia nak jugak.
Misterinya: Misteri kisah ini melibatkan kes kematian. Kematian Lorrinda, adakah bunuh diri atau dibunuh? kelihatannya dia seperti membunuh diri dengan meminum susu beracun. Dahlia menjumpai ibunya dlm keadaan yg menyayat hati. Lalu dia dihantar ke Australia utk menyambung hidup. Di sana dia menjadi lebih dewasa, menjadi seorg wanita. Misteri Lorrinda dibiarkan sepi. Dahlia juga tak merancang utk kembali, namun panggilan dari bapanya tidak dapat ditolak. Dia kembali dan misteri Lorrinda bakal dibongkar. Dahlia tahu ibunya menjadi mangsa tapi keadaannya telah disalahfaham, sehingga suami sendiri meminggirkan dirinya.
Deliverynya: hmm apa kelayakan saya utk komen cara penulisan seseorg penulis. Namun dari mata saya yang hampir kosong ilmu penulisan (tengok cara saya tulis review pun tau kan?), cara penyampaian Noor Suraya menyerap ke dalam perasaan. membuat kita rasa friendly dgn Dahlia. Bersama-sama dia menghadapi Wadi dan kehidupannya di kawasan tanah tinggi tu. Keresahan Dahlia menjadi keresahan kita.
Penulisnya: Noor Suraya? Dia tahu apa yang nak disampaikan. Teratur bahasa & ceritanya dengan luahan rasa yang membuat kita terangkap dalam ceritanya.
NOvel ini mengingatkan saya kepada: abe dan amek di kg kuala boh. ekspedisi memancing dgn abe laiyin (kitorang yg ikut dia basah dari ujung rambut sampai ujung kaki, abe layin tu ujung kain yg dia pakai jer basah). Saya juga teringatkan bunga2 di Hotel Equitorial Cameron Highlands.
Wadi Hannan - masa sekolah dia ni budak lelaki yg nakal. Dia paling suka mengacau Dahlia. Kalau Dahlia tak datang sekolah, dia jadi tak keruan. Pernah gurauannya menyebabkan gadis itu mendpt parut seumur hidup di bhg bawah wajahnya. Dia panik sehingga pernah berkata pada dirinya sekiranya tak dak orang nak kawin ngan Dahlia disebabkan parut tu, dialah yg akan menjadi lelaki yg mengahwini Dahlia. Di usia 24 tahun dia bertemu semula dengan Dahlia. Parut itu masih di situ dan Dahlia tidak berusaha utk menyembunyikannya. Namun Dahlia yg biasa2 saja tu tak payah buat apa2 utk membuat Wadi jatuh cinta padanya. Tengok Dahlia menguap pun Wadi dah jatuh cinta tergolek-golek. Sabo jer aku.
Dahlia - dia bencikan Wadi hannan yang sentiasa membuat hidupnya kucar kacir. Parut angkara Wadi dijadikan peringatan mengenai lelaki jim-alif-ha-ta tu. harta yg tergadai menjadikan Dahlia kecewa dgn diri sendiri yang tak berusaha menyelamatkan harta keluarganya. Wadi muncul dengan lamaran yg mengejutkan, dia bukan saja menawarkan diri sbg suami, malah harta dahlia yg tergadai sanggup djadikan mahar. Ikutkan hati mati, ikutkan rasa, binasa. jadi nak ikut yang mana satu? Hatinya dijentik cemburu bila terserempak Wadi dengan gadis lain. Kenapa pulak macam tu? Wadi melamar dirinya tapi masih mendampingi wanita lain. Cemburu tandanya sayang? Saya dapati Dahlia yang kembali selepas ke Australia lebih matang berbanding Dahlia zaman sekolah yang cepat melenting. Dia seorg yg pemaaf dan sanggup melupakan, mengabaikan kenangan lalu kerana lebih mementingkan masa hadapan. Ciri ini dalam Dahlia menjadikan Wadi seorg yang bernasib baik di dalam cinta namun ada syarat Dahlia yg wajib Wadi penuhi.
Farhan, Neem, Mia Zara, King Shah - watak-watak sampingan yang menyeri dan memantapkan lagi kisah ini. Ibu Farhan berkenan kat Dahlia. Neem dihantar bersama Farhan dgn misi utk menyatukan Dahlia dan Farhan. Namun hati mereka telah dicuri oleh org lain. Lagipun Neem lebih sibuk memasak daripada menjalankan amanat ibunya. Mia Zara adalah partner in crime si Dahlia, manakala King Shah pulak perancang strategi Wadi. Tak sangka la pulak Shah Botak bekenan kat Neem! :)
Cameron highlands menjadi medan 'pertempuran' mereka. Namun pertemuan kali ini semakin hari semakin mendamaikan. Mereka mungkin menjadi pelerai permusuhan yg diwarisi turun temurun. Namun bapa Wadi makin tamak. Dia tak mahu keluarga Dahlia survive di Cameron Highlands. Malah dia tak kisah sekiranya Wadi mengahwini Dahlia utk mengikis harta bendanya. Idea kahwin tu memang Wadi suka, tapi bab kikis tu, dia ada agenda tersendiri. Dia mahu mengahwinkan Teh Timor dan Teh Sutra dlm ikatan abadi. Dia takkan biarkan Dahlia sengsara. Ibunya kesiankan gadis sebaik Dahlia menjadi mangsa Wadi. Dia suka Dahlia jadi menantunya tapi dia tak mahu Dahlia menjadi mangsa Wadi yg terkenal dgn romeonya. Sejuk hatinya melihat keikhlasan Dahlia melayan bapanya. dia mahu anak yg seperti itu dan dia tak pernah mendapat semua itu dari Wadi.
sure fine whatever
Rinn
sinopsis belakang buku:
“Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba.
Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?
Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!
Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.
Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar? Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?
Novel kelapan NOOR SURAYA mengajak anda membantu Putri Dahlia Megat Qais menguruskan Syarikat Teh Timor di Tanah Rata. Silalah nasihati dia, yakinilah dia bahawa tawaran Wadi Hannan itu cumalah satu pesona, dan usahlah terpesona!
No comments:
Post a Comment