Alhamdulillah, sejak akhir2 banyak sangat perkara2 yang berlaku mewarnai hidup ini. Semalam, saya agak cemburu dek ramainya bacth saya ke Utara tanah air, semuanya berhajat untuk bertemu, berjumpa kerana ikatan ukhuwwah fillah kerana Allah yang menjiwai hati dan jiwa raga mereka. Namun, Allah takdirkan semalam saya berjuang di medan lain.medan test dengan pen sebagai pedang.
Semalam juga adanya sambutan hari raya di UDM kira2 pkul12.30-2.30 petang, juga merupakan hari bahagia seorang sahibah kita Kak Maisarah Ishak melangsungkan pernikahan, begitu juga halnya dengan Kak NurAzah Suhana di Negeri Sembilan. Ramainya yang mula melangkah ke alam baru, Baitul Muslim, cuma hati saya belum bersedia untuk menyatakan ya...mungkin juga taklifan sebagai anak 'sulung'(abang delegate power pada saya) menyebabkan saya sedikit sebanyak tiada keinginan ke arah itu. Apapun, pangkat untie/ qholah ini menjadi semakin sebati dalam diri.
9-10-09 pula tarikh yang cukup indah, semuanya kerana berita gembira seorang mujahid baru dilahirkan dari rahim muslimah yang sentiasa menantikannya. Katanya inilah dia anak2 generasi baru Islam. Hanya dikenali sebagai khalifatullah setakat ini, nama belum di announce lagi. Tahniah buat ummi (Anis) and abi muda ini. Sesungguhnya anak itu adalah rezeki.Tengok wajah khalifatullah, erm dah buka pun matanya.comel sangat.Semoga menjadi penyambung risalah Allah di muka bumi ini. Berat khalifatullah 2.7 kg semasa dilahirkan.
No comments:
Post a Comment