Start dari Ahad lagi, memang tak menyempat nak update blog...sebabnya awal pagi saya dan beberapa yang lain dipanggil mengadap Sir Fuad, untuk briefing interview dengan Malaysian Qualifying Agency a.k.a MQA..seperti yang semua maklum, MQA menentukan kelayakan sesuatu universiti samada meneruskan operasi atau di tutup programme2 yang ada didalamnya...dan inilah yang berlaku di bumi UDM, dan sebagai pioneer inilah serba sedikit obstacle yang perlu dilalui..Usai briefing, saya ke kelas Company Law, ada tutorial mengenai promoter, pre-incorporation contract plus doctrine of separate legal entity...fikiran dah melayang untuk interview esok..tapi tetap juga la focus on what yang classmate present time tu..
Petang, dah mula cari sikit pasal fakulti, benda2 simple visi, misi, objektif, facilities, number of staffs, lecturers etc...kena la menghafal semua misi and visi..translate dalam English..cari pula pasal UDM, semua ahli lembaga pengarah, pengurusan tertinggi, senate etc..kebetulan petangnya pukul 4.30 dah ada janji nak bawa adik2 dan yang dah lama ikut program ke jamuan Hari Raya rumah Mck. Shimah...Alhamdulillah, segalanya memang smooth sangat...Terima kasih Allah, tolong dalam segala hal...selepas solat Asar, memang saya terus call adik2 supaya diorang tak lambat takut kesian pakcik van yang kami tempah tunggu lama. Pakcik Shaari memang dah lama saya kenal since zaman Dip lagi...
Pergi rumah mak cik, alhamdulillah allah pertemukan dengan lecturer UMT yang juga ikut programme...Walau ramai yang tak berpeluang datang atas sebab test, kelas masih berjalan dan ada moots (mahkamah olok2) final...saya doakan agar segala niat mereka untuk hadir semata2 kerna Allah mendapat ganjaran tinggi di sisi Allah. Balik dah nak dekat pukul7...Malam pula saya perlu hadir kelas Jurisprudence seperti kebiasaan...seronoknya belajar Juris yea..even lepas balik rasa tak faham la pulak..ehe
Lepas habis kelas pukul 10, balik, terus solat Isyak...Seorang adik (juga classmate-umurnya muda dari saya) bagi message nak datang bilik...Saya memang alu-alukan, dah lama saya nak sembang personally dengan dia...Kami sekadar berkongsi cerita...meleret2 sampai pukul 11 lebih...saya nyatakan nak jumpa classmate dari Johor, minta tolong ajarkan saya cara nak bercakap esok...Kami discuss sampai hampir pukul2...semuanya kerna MQA...
Malam memang tak lelap tidur, fikirkan MQA esok..Rasa pressure, terbeban kerana takut sangat kita jadi wakil for our class, for faculty, for our batch...susahnya rasa..asyik terjaga bila tidur..last2 bangun pukul4.30..terus saya mandi..kebalnya sampai tak rasa air sejuk sangat..tambah kat pantai timur, memang berangin..sejuk la..practise sikit2...minta doa banyak2 kat Allah supaya dilembutkan hati ahli2 panel nanti...supaya kami dapat recognition..kesian kat adik2 junior jika fac kami tak di iktiraf..macamana dengan kerja2 Islam, boleh diteruskan ke selepas ini if no recognition...tentu sahaja ianya menyukarkan..
Pukul8.30 pagi, semua sudah ada dalam legal clinic..saya diberitahu antara panelnya tokoh Islam penuh kontroversi Prof Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh UM, Prof Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Vice Chancellor UKM Prof Tan Sri Dato' Dr Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabuddin dan Prof dari UPSI...saya cuma pernah jumpa 2 orang , Prof Mahmood Zuhdi ketika seminar di sini dan Prof Dr Sharifah time saya masih bawah portfolio ALSA dan kami pernah sembang personally atas stage..dia seorang yang very nice person..Alhamdulillah, sepanjang interview, rupanya mereka tak jadi datang, cuma seorang sahaja Prof dari UPM...dan seorang assistant dia...Alhamdulillah juga segala persoalan yang dilontar di jawab oleh kami...Syukur padamu ya Allah...ujian ini ada hikmahnya...Doakan test saya petang nanti...test Company Law lagi...
Nota Kaki:Alhamdulillah test dah habis jawap...Soalan ade 2 aje, maybe madam sibuk sangat dengan audit2 dari MQA..Syukurlah semuanya dah habis...
No comments:
Post a Comment