Semalam, sedikit peringatan di sampaikan oleh MCL..MCL ada tekankan betapa masa yang kita ada sangatlah singkat..kita sendiri pun merasainya kan..rasa macam baru aje bulan January tapi pejam celik dah bulan oktober menghampiri november...MCL mengingatkan kami agar masa digunakan dengan berkualiti..even masa yang sedikit..Tambahnya lagi, kita nanti apabila roh sudah ditarik oleh malaikat akan disoal mengenai empat perkara..Antaranya mengenai masa (fokus untuk remaja kerana saya sendiri kategori itu)..yang paling ditakuti adalah masa remaja ini..masih berbaki 7tahun sebelum masuk awal 30-an...apa yang sudah dilakukan?apa sumbangan saya pada Islam?..masa remaja merupakan masa yang amat2 penting kerana dikala ini kita, remaja sangat berani dan kuat..rasa mahu mencuba apa yang ada di hadapan mata, kadang sampai melanggar batas2 syara'..seperti mat rempit misalnya..even mereka tahu risiko yang bakal dihadapi seperti kematian, cacat, masuk hospital, tak pun kena tangkap..tetapi dek keberanian yang ada mereka menjadi kuat...Alangkah indahnya sekiranya keberanian itu disalurkan pada tempat yang betul...Sebenarnya Allah ingin menguji kita untuk mengetahui bagaimana kita menghadapi ujian memanfaatkan masa remaja kita kerana ketika remaja hati kita lebih menjurus kearah keseronokan, rasa nak enjoy..masa remaja merupakan ujian dari Allah, bukan saja2 Allah jadikan kita tanpa berbuat apa2...cuma ianya atas diri kita untuk manage masa kita dengan lebih sistematik dan tersusun..
Perkara kedua yang akan ditanya oleh Allah adalah harta kita..Sejauh mana kita gunakan, untuk apa, kemana perginya harta kita dan kita belanjakan untuk apa. Walaupun kita sekarang berstatus pelajar, mungkin ada juga bekerja..tetapi bila bercakap bab pelajar, kita sebenarnya tak boleh dipisahkan dengan loan atau biasiswa..Ada juga yang dapat terus dari pocket parents..Semuanya tak jadi masalah, tapi bila kita bercakap tentang bab berbelanja, apa sebenarnya yang kita belanjakan, adakah benar2 keperluan kita atau kita yang berbelanja melebihi keperluan yang kita perlukan...cubalah tanya pada diri kita, adakah kita masih terikut2 trend sekarang..bertukar2 handphone..ada yang baru terus nak beli, ada juga ikut fesyen dalam berpakaian , selalu top up sampaikan sehari hanya muka dia sahaja yang pergi berulang alik ke kedai sehingga meminggirkan yang lebih priority seperti membeli buku2 references, menggunakan sekadar keperluan seperti makan dan minum, memphotostat nota dan sebagainya...Kita kena belajar bagaimana nak halakan duit yang ada kemana..walau hanya bergelar student, kita sebenarnya tidak boleh excusekan diri kita untuk tidak menggunakan duit yang ada kearah kebaikan...cubalah untuk melatih diri kita takut nanti bila dah tua, semakin sebati dalam diri kita perasaan kurang dalam berinfaq...
Perkara ketiga tentunya mengenai umur kita..bagaimana kita gunakan umur kita dengan sebaik mungkin untuk Islam, bagaimana umur semasa kita remaja..adakah kita sia-siakan umur kita dengan perkara2 yang tidak berfaedah ataupun kita gunakan umur kita supaya lebih dekat dengan Allah dan keredhaanNya...Adakah kita lebih bersahabat dengan sahabat2 yang mengajak kebaikan ataupun kita cenderung kepada sahabat2 ke arah keburukkan...Umur kita jika dibandingkan dengan sahabat2 awal Rasulullah, sudah tentu jauh panggang dari api..mereka baya2 kita ada diantaranya sudah memimpin angkatan tentera...menolong di dalam peperangan walau hanya menyediakan air minum lagi..mereka sudah banyak dalam menghafal hadith, mereka sentiasa cinta pada majlis ilmu dan tidak pernah sia2kan hidup dengan perkara2 tidak berfaedah...
Perkara terakhir adalah ilmu kita. Apakah kita sebenarnya telah beramal dengannya?..Jika kita beramal, apakah kita gunakan kearah kebaikan atau sebaliknya..Adakah ilmu yang kita ada dimanfaatkan kepada masyarakat?Inilah antara 4 perkara yang akan ditanya oleh Allah...Kita takkan terlepas dari ditanya mengenainya...
No comments:
Post a Comment