Inilah antara keratan akhbar Kosmo..Jika benarlah anak-anak Pakcik ini melakukan perbuatan mengurung ayah sendiri semata-mata kerana harta dunia, maka saya teringat antara tanda-tanda kiamat dalam satu hadith " Apabila seorang perempuan melahirkan tuannya sendiri". Melahirkan tuan sendiri maksudnya anak yang dilahirkan itu akhirnya menjadi tuan kepada ibubapanya sendiri seperti menderhakai ibubapanya, mengarah itu dan ini, memarahi ibubapa seolah-olah dia lebih berkuasa dari mereka..apatah lagi mengurung ibu atau bapa sehingga mereka terasa hati dengan anak-anak..
Sesungguhnya hati dan perasaan ibu bapa terhadap anak adalah perasaan yang 'special'..Ibu bapa mana yang tidak menyayangi anak..Namun, jika sesuatu perkara berlaku sehingga terluka hati mereka, masyaAllah, untuk berkata 'ah' pun sudah dikira derhaka inikan pula mengurung hingga menjadi trauma..Tidak hidup di atas dunia pun tidak mengapa kerana hidup dalam kederhakaan ibubapa seolah-olah bangkai tidak bernyawa...
SHAH ALAM - Perebutan harta pusaka antara anak-beranak menyebabkan tiga bersaudara didakwa sanggup menipu dan mengurung bapa kandung mereka bagi memaksa warga emas itu menandatangani surat akuan menyerahkan dua lot tanah tiga tahun lalu.Trauma dengan kejadian itu, bapa malang itu, seorang bekas pesara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyaman ketiga-tiga anak lelakinya dan menuntut ganti rugi RM2 juta demi menuntut kembali haknya selain membela nasib dirinya.
Plaintif, Baharom Long, 85, hadir memfailkan saman tersebut di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini semalam menerusi peguam Muhd. Azmi Talib.Dalam writ saman tersebut, Baharom menamakan tiga anak lelakinya iaitu Md. Hanafiah, 55, Zakariah, 52, dan Musa, 50, sebagai defendan.Plaintif bagaimanapun mempunyai dua orang anak lelaki lain iaitu Roslan, 48, dan Azizan, 44.
Berdasarkan pernyataan saman tersebut, plaintif mendakwa, pada November 2007, dirinya dikurung di salah sebuah rumah defendan dan dipaksa oleh defendan menandatangani surat yang tidak diketahui isi kandungan.Bagaimanapun, dakwa plaintif lagi, selepas memperoleh salinan surat tersebut, dia mendapati surat itu merupakan surat akuan bersumpah berhubung pembahagian dua lot tanah miliknya dan arwah isteri, Maimunah Husin yang telah meninggal dunia lebih 10 tahun lalu.
Menurut plaintif, dua lot tanah yang menjadi rebutan defendan terletak di Selayang Baru dan Kampung Nakhoda, Batu Caves dekat sini.Plaintif mendakwa, kesemua defendan secara bersama atau berasingan menipu dan memanipulasi kedudukannya sebagai pemilik tanah bagi memaksa dirinya menandatangani surat akuan bertarikh 3 Disember 2007.Plaintif seterusnya mendakwa, kesan perbuatan kesemua defendan yang merupakan anak-anaknya, dirinya mengalami trauma yang serius, sentiasa dalam ketakutan apabila berada seorang diri malahan menjadikan dirinya seorang yang prejudis.
No comments:
Post a Comment