Hari ini 4 Julai..Hari ini juga ayah dilahirkan..Hari kelahiran kali ini kami baru balik dari Ekspo Pendidikan..Ayah terlalu penat..Mungkin sebab pergi dan balik ayah yang drive..Malam sebelum kemuncak Ekspo, tidur sedikit terganggu dek adik-adik SMAKL yang cukup bersemangat berlatih sampai tidak tidur malam, sekitar 3pagi masih dengar suara kuat Komander yang bagi arahan..Berkawad lewat malam, nak dekat Subuh baru stop..Semangat anak muda..Saya bila balik malam tu masuk kereta semua dah tak ingat..Berhenti tengah jalan untuk solat..Then, sampai rumah, tidur hingga tak tolong angkat barang dalam kereta..Semua ayah buat..
Tapi kalau dibandingkan dengan pakcik makcik yang bertungkus lumus menyiapkan segala tugasan from beginning till the end, rasanya mereka lagi teramat penat..Moga usaha kita mendapat redha Allah..Buat ayah (ayah tengah tidur, panas sikit badan-kurang sihat) semoga Allah memberi kesihatan yang baik buat ayah, moga ayah semakin bersemangat selepas pergi Kursus Imam dan Bilal di Masjid Ladang baru-baru ini..Ayah dah banyak tahu mengenai bacaan2 selepas sesi bersama Ustaz Ikmal Zaidi Hashim dari KUIS, pck Haji Salleh Saad(Imam Besar Masjid Putra,Putrajaya) dan Ustaz Muhad Bidin dari Ma'had Al-Quran Terengganu..
Pada pengamatan saya, Ekspo Pendidikan kali ini even baru first time organise, very attractive..semua berjalan lancar..Malah penderma darah juga melebihi target..Target asal 40 orang dan nama saya salah seorang..Cuma at the end saya tak jadi derma, pening kepala, panas terik sangat-sangat duk bawah kanopi..Alhamdulillah sambutan cukup mengalakkan dan saya sendiri terhibur dengan kawad kaki KRS dan BOMBA selain persembahan nasyid kumpulan Shoutul Furqan dan adik2 SRIQ..Nanti saya akan upload pic..
No comments:
Post a Comment