Monday, July 5, 2010

Karnival Sambutan Ulang Tahun Ke-9 IKIMfm dan Konsert Mahabbah Gaza 9 hingga 11 Julai 2010



Karnival Sambutan Ulang Tahun Ke-9 IKIMfm pada 9 hingga 11 Julai 2010 di Stadium Melawati Shah Alam bertujuan meraikan para pendengar IKIMfm yang telah memberikan sokongan berterusan kepada satu-satunya radio berkonsepkan Islam di negara kita.

Menerapkan konsep 3M iaitu "Mendidik, Menyampaikan Maklumat, dan Menghibur", beberapa acara menarik telah diatur. Antaranya rakaman langsung Forum Mahabbah Gaza, forum "Keluarga Sakinah", Konsert Mahabbah Gaza, Nasyid on Stage disusuli program untuk kanak-kanak iaitu Alam Ria Si Kecil, untuk para ibu, rancangan D'Dapur, sukaneka dan sesi beramah mesra bersama penyampai-penyampai IKIMfm.

Sepanjang sembilan tahun penubuhannya, IKIMfm tampil dalam industri penyiaran negara dengan penuh tanggungjawab untuk menjadi rangkaian maklumat, penerangan dan hiburan yang seimbang dalam usaha mendidik dan merangsang akal fikiran serta jiwa pendengar.

Majlis Pelancaran Karnival Sambutan Ulang Tahun Ke-9 IKIMfm dan program terbaru IKIMfm akan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nik Mustapha bin Hj Nik Hassan, Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 11 Julai 2010 (Sabtu), jam 5.00 petang.

Acara kemuncak Karnival Sambutan Ulang Tahun ke-9 IKIMfm sempena Konsert Mahabbah Gaza' pada 9 hingga 11 Julai 2010 di Stadium Melawati Shah Alam ialah persembahan Konsert Mahabbah Gaza pada jam 8 malam yang akan disiarkan secara langsung melalui IKIMfm.


Antara kumpulan nasyid popular yang akan mengambil bahagian dalam konsert tersebut ialah Rabbani, Raihan, Inteam, Saujana Nowseeheart dan Ummul Qura. Tidak ketinggalan para penyampai IKIMfm akan turut tampil membuat persembahan khas di konsert Mahabbah Gaza pada malam tersebut.

IKIMfm akan meneruskan misinya menjadi salah satu radio terunggul dalam menyampaikan maklumat ilmu pengetahuan dan hiburan yang mendidik jiwa.

IKIMfm mengajak para pendengar untuk turut serta menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan memberi kesedaran tentang penderitaan umat Islam di Gaza dan mengalu-alukan orang ramai hadir di Karnival Sambutan Ulang Tahun ke-9 IKIMfm sempena Konsert Mahabbah Gaza pada 9 - 11 Julai 2010.

Masuk adalah percuma.


Aktiviti Karnival Sambutan Ulangtahun Ke-9 IKIMfm

JUMAAT, 9 Julai 2010

Masa Aktiviti Tempat

10:00 am - 11:00 pm Motivasi Remaja Pentas
11:00 am - 12:00 pm Motivasi Bisnes Pentas
12:00 pm - 01:00 pm Wanita Hari Ini Pentas
05:30 pm - 06:30 pm Sukaneka Tapak Terbuka
06:00 pm - 07:00 pm Nasyid on Stage Pentas
08:00 pm - 9:00 pm Wayang Pacak Pentas
09:00 pm- 10.00pm Forum Mahabbah Gaza (LIVE) Pentas
10.00pm-10.30pm Nasyid on Stage Pentas

SABTU, 10 Julai 2010

Masa Aktiviti

10:00 am - 12:00 am Alam Ria Si Kecil (LIVE) Pentas
12:00 pm - 01:00 pm D'Dapur (LIVE) Pentas
02:00 pm - 04:00 pm Pertandingan Nasyid Piala Rabbani (Hakim)(L) Pentas
05:00 pm - 06:00 pm Majlis Pelancaran Karnival & Program Baru IKIM fm Pentas
06:00pm - 07:00 pm Keluarga Sakinah Pentas
07:00 pm - 08:00 pm Wayang Pacak Pentas
08:00 pm - 11 pm Konsert Mahabbah Gaza (LIVE) Stadium
(Artis Nasyid Popular:Rabbani, Raihan, Inteam, Saujana
Nowseeheart)
-Masuk Percuma
AHAD, 11 Julai 2010

Masa Aktiviti

9:30 am - 10:00am Senamrobik `Intifada' Tapak
Terbuka
10:00 am - 11:00 pm Pertandingan Kawad Kaki & Kompang Formasi Tapak Terbuka
Berirama KRS
11:00 am - 12:00 pm Remaja Pentas
12:00 pm - 02:00 pm Pertandingan Ratu Busana Muslimah TapakTerbuka
02:00 pm - 03:00 pm Nasyid On Stage Pentas
05:00 pm - 06:00 pm Futsal Amal Artis Nasyid vs NGO Tapak Terbuka
6:00 pm-7:00 pm Cabutan Bertuah Grand Prize Pentas
7:00 pm Karnival Selesai

No comments:

Post a Comment