Sunday, February 6, 2011

Ain Maisarah


pic from her blog

Kalau tanya dikalangan adik-adik sekolah rendah or menengah, siapa yang tidak kenal Ain Maisarah? Seingat saya masa kecil-kecil dulu memang banyak saya beli buku…Sekarang pun kalau tengok atas rak, buku Kawan still ada, buku Dik Cerdas yang sekarang diadaptasikan menjadi Shin Chan, Buku Disney , Mastika (dulu mastika takla macam sekarang), Majalah Tatih, then Majalah Asuh belambak-lambak…Pasti tak missed beli tiap-tiap bulan…Namun, zaman peredaran tentunya semakin banyak perubahan, jadi tak hairanlah buku karangan Ain Maisarah melonjak naik bersama penulisnya..

Aku Mahu Popular adalah buah tangan pertama Kak Ain Maisarah ni…Actually, K.Ain pernah belajar TESL di UDM..Saya masih ingat Kak Ain sangat-sangat obsess dengan colour pink…Every single day akan pakai baju,kasut, beg pink tetapi dalam patern-patern berbeza…Jadi semua pun tahu Kak Ain suka pink…First time saya tengok buku kat rumah cousin..Setakat belek-belek kerana bahasanya sesuai untuk remaja, saya jadi tertarik..Memang ada nama tertera Ain Maisarah..Tapi ingatkan itu just nickname..Silly me..

Rupanya bila Kak Ain masuk dalam buku Anis baru-baru ni..My mum suggest to read it..Then, baru terperasan itu memang Kak Ain..What a small world la kan…Menjadi ikon kepada remaja belasan tahun menjadikan Kak Ain semakin matang dalam berkarya dan menjaga imej penampilan yang sesuai dengan remaja…

Fenomena buku karya Kak Ain Maisarah ini sememangnya bak empangan yang pecah, tidak dapat disekat lagi…Sekadar bekerja di rumah yang dibeli hasil royalty penjualan buku-buku…Kak Ain mampu berbangga menyediakan rumah apartment untuk keselesaan keluarga..Kerja dengan laptop hanya menuntut Kak Ain menyiapkan buku mengikut dateline yang diberikan…Dan ada kalanya memenuhi jemputan ke sekolah-sekolah area Kuala Lumpur..Sebenarnya terlalu banyak karya Kak Ain sampai tak dapat saya nak highlightkan satu persatu..

Itulah, tuah manusia ni hanya Allah yang tahu kan?...Jika Kak Ain merupakan bekas pelajar TESL, tapi itu bukan penghalang untuk Kak Ain menulis dalam genre bahasa Malaysia…Jika mahu kenal Kak Ain boleh layari blognya..Klik sini

No comments:

Post a Comment