Tuesday, February 1, 2011

Kemelut Mesir Tiada Petanda Akan Reda


code orange turn red


internet cut-down unbearable

Jam 9.30pagi tadi di ikim.fm, akhi Noorazman dan Nizam Awang (kedua-duanya merupakan aktivis Mavi Marmara) membongkar perkembangan terbaru di Mesir dan kesan kepada perubahan iklim politik dunia dan sekaligus masa depan Palestin. Jika berlaku pertukaran pucuk pimpinan yang lebih demokratik dan lain terus corak pemerintahan dari Mubarak, ia akan membuka ruang untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan direct terus ke Gaza melalui pintu Rafah yang dikawal ketat oleh tentera rejim Mubarak..Namun, jika yang memegang tampuk pimpinan sama seperti sebelum ini, masa depan Palestin makin samar..

Keadaan di Mesir makin meruncing, malah amat menyukarkan..Bayangkan banduan-banduan terlepas dari penjara..Ada mengatakan kira-kira 6000 banduan termasuklah tahanan politik...Ala-ala Prison Break terbesar dalam sejarah..Ia di confirmkan bila saya membaca article di Palestinkini (Tahanan Hamas bebas dan telah sampai di Gaza-mereka tetap kembali ke tanah suci bergolak itu even sudah lepas dari tahanan penjara,membuktikan kecintaan kepada Gaza adalah segala-galanya)..Maklumat dari Dr.Baha,anaknya memberitahu siang dibenarkan keluar, namun malam under curfew..Stock makanan tahan untuk tempoh 1 week..A cup of coffee berharga RM200..Itu tidak rasional..Namun, dalam keadaan darurat sebegitu, tidak boleh draw duit, electrical power limited,makanan juga tiada amat memeritkan, ada yang ambil kesempatan.Tidak dapat di bayangkan jika saya berada di tempat mereka..

Berita mewar-warkan tindakan kerajaan untuk mempertimbangkan masalah itu kerana jumlah students kita di sana terlalu ramai, kira-kira 11,000..Bagi saya personally, ini bukan soal banyak atau sikitnya students..Tapi ini soal nyawa pemuda-pemudi yang suatu hari nanti bakal memimpin masa depan negara..Mereka perlu diselamatkan..Jangan berlengah lagi..Kemelut Mesir tiada menampakkan keredaan dalam masa yang singkat..Keadaan makin berbahaya, banduan-banduan berkeliaran di sana-sini, mahu ada yang di rape atau di cabul then ditembak baru mahu bertindak?Its too late..

Saya juga ada cousin di sana, ada kawan-kawan, adik-adik ex-M3..Yang lain juga begitu, ada isteri atau suami belum habis belajar, ada anak kecil baru lahir dan masih kecil, ada emak, ayah yang bekerja di sana..Sekurang-kurangnya ada tindakan..Ini kerana kebanyakkannya adalah inisiatif mereka sendiri...Jika tentera TLDM sudah berada di Teluk Aden, pastikan semuanya di bawa keluar..Hantar seberapa banyak pesawat-pesawat yang ada..Indon dan beberapa negara lain sudah bertindak..Ini soal kemanusiaan..Tolak tepi hubungan politik dan sebagainya dengan Mubarak...He deserve to step down...

Saya sayu bila ada parents sanggup ke Sri Pentas supaya isu ini di ambil tindakan, bukan hanya dengan menyuruh students berkumpul di dewan rumah Malaysia di kedutaan Mesir...Ada isu students yang visa di simpan pihak Univ, ada juga yang akan tamat tempoh dalam beberapa hari..Yang penting ada solutions..Beri cadangan alternatif untuk mereka kerana mereka buntu...Saya terpanggil untuk menulis kerana keadaan makin worse, perhimpunan lebih 1 juta penduduk Mesir makin hebat setiap ketika..

Isteri Mubarak dan anaknya Gamal menurut beberapa sumber telah fly ke London, membawa bersama 97 suitcases dengan menggunakan private jet..Siap boleh shopping di Selfridges.Al-Qaradhawi ingin Mubarak pergi:- “Saya menasihati Anda wahai Presiden Hosni Mubarak, agar meninggalkan Mesir. Tidak ada solusi untuk masalah ini kecuali Anda pergi meninggalkan Mesir. Pergilah wahai Mubarak, sayangilah rakyat ini, pergilah hingga keadaan Mesir tidak bertambah parah"...Saya amat-amat kagum dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang sentiasa update isu terkini di Mesir menerusi blog "Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita” yang berkhidmat secara sukarela..Moga Allah balas jasa kalian...Mohon doa dan solat hajat..






FYI: Allah menguji mereka kali ini dengan ujian yang hebat, moga mereka-mereka di Mesir semuanya selamat..Tidak sampai setahun Mubarak menentang misi kemanusiaan di salurkan ke Gaza melalui pintu Rafah dengan mengerahkan 2,000 polis mengepung konvoi VivaPalestina3, mengakibatkan ada terbunuh dan cedera di Al-Arrish..Media dan wartawan di sekat dari membuat liputan ketika itu...Akhirnya, Mubarak di asak bertubi-tubi oleh lautan rakyat Mesir supaya berundur...Cash...

2 comments:

  1. sue: wanita bertudung merah di tv3 tu makcik Z...btul la tu..kite sume de family kat sana, every life is precious, pemuda-pemudi amanah negara...setiap seorang perlu diselmatkan..

    ReplyDelete
  2. owh, ye ke..bagus2, ada juga yang suarakan isu ini...very2 touching...betul, every life is precious...ini dah 10 hari, keadaan boleh menjadi lagi tegang bila2 masa...please save them...moga Allah permudahkan misi menyelamatkan mereka..

    ReplyDelete