Nikah Khitbah @ suspended- marriage contract juga di kenali sebagai nikah gantung atau dengan bahasa manisnya nikah di alam kampus sememangnya menjadi isu yang cukup hangat dan biasanya banyak diperkatakan dan diperbincangkan di kalangan ahli akademik.Malah ia merupakan salah satu cara untuk melunaskan syahwat mengikut landasan yang sepatutnya..
Selalunya ia menjadi option atau pilihan mereka-mereka yang “bercinta ana-enti”…untuk menghalalkan segala macam restriction atau dengan bahasa mudahnya tak kan lah nak buat maksiat kerana ia perkara tegahan dari Allah..jadi lebih baik kahwin…Ia tentunya berlainan dengan mereka-mereka yang tidak meletakkan ketakutan pada Neraka Allah dengan senangnya menjual harga diri melakukan perkara kemaksiatan..
Ustaz Badlishah menyatakan manusia adalah makhluk seksual kerana ia sememangnya fitrah manusia yang tidak boleh dipisahkan..Perkahwinan juga untuk mereka yang merasakan tidak dapat control diri sendiri dan bagi mereka yang bernafsu luar biasa..Ya, jangan terkejut kerana sememangnya ada laki-laki atau perempuan yang diciptakan Allah mempunyai nafsu luar biasa..mudah terangsang dengan perkara-perkara pada akal logik manusia normal mengatakan ia mustahil akan menyebabkan seseorang terangsang..
Ia juga boleh berlaku disebabkan faktor –faktor lain..Mengikut kajian perubatan hormon-hormon ini biasanya bagi laki-laki menganas area umur 20 hingga 30 tahun…Tapi itu pun boleh lagi entend sampai ke lanjut usia…Ada Ustaz di Majlis Agama Islam KT ketika Kursus Pra-Perkahwinan menyatakan perempuan akan sampai satu tahap akan menopause, tapi bagi laki-laki tiada menopause tapi men no pause …Bagi perempuan pula hormonnya mula menganas sekitar umur 35 tahun keatas..Bagaimanapun, Laki-laki amat mudah untuk terangsang berbanding perempuan..Itu fakta..
Selain daripada itu juga, faktor deria juga memainkan peranan menyebabkan keterangsangan. Contohnya, apabila terbau perfume dipakai laki-laki atau perempuan..Bau badan lelaki atau perempuan ketika bersesak-sesak di jalanan..Malah bau rokok juga boleh merangsang..
Movies, video klips , lirik lagu, majalah-majalah yang mengghairahkan perlulah sentiasa kita elakkan…Kerana secara tidak langsung ia sedikit-demi sedikit menghakis sifat malu dalam diri kita dengan menganggap maksiat sebagai perkara normal...Padahal sebenarnya keinginan untuk kearah kemaksiatan sudah merebak ke dalam lubuk hati kita.
Dari sudut lain, ubat-ubatan juga antara penyumbang kepada keterangsangan..Ia seolah-olah drug yang memberi tenaga seterusnya merangsang laki-laki dan perempuan..Makanan dan minuman juga tidak terkecuali..Antaranya coklat, ia turut dikatakan boleh menyebabkan terangsang, kerana itu ia sinonim dengan Valentine Day..Aiskrim juga boleh menyebabkan perkara sebegitu, cara memakan aiskrim itu boleh disalah tafsir dan sebagainya..Memakan daging kambing juga akan mempercepatkan peningkatan seksualiti..
Minuman seperti Tongkat Ali juga perlu dijauhi kerana laki-laki yang masih single-mingle lagi perlu menjaga segala factor menjurus kepada keterangsangan. Jika masih students, tidak perlu nak stay-up malam-malam minum kopi Tongkat Ali…Cukup minum kopi atau Nescafe biasa sahaja..Bagi perempuan pula, tidak perlu nak berKacip Fatimah, even banyak khasiat ,sebolehnya elakkan..Itu antara penyebab kepada keterangsangan yang perlu kita berhati-hati dengannya..
Solution yang perlu di ambil bagi mengelakkan perkara sedemikian adalah dengan menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti seperti bersukan, berpersatuan kerana dikhuatiri apabila berseorangan, akan ada bisikan-bisikan syaitan yang menggoda kita melakukan kemaksiatan..Paling tidak kita digalakkan berpuasa bagi menyekat kemahuan nafsu yang tidak pernah puas…Puasa merupakan senjata ampuh sekiranya ia benar-benar dilakukan mengikut step-step yang betul dan ia secara tidak langsung akan mengikat nafsu dari bertindak buas..Stop here..
Nota: After several days i'm hiatus posting abt Egypt's Revolution..Alhamdulillah Mubarak akhirnya resign..Tapi timbalannya tetap menakutkan..sekurang-kurangnya Revolusi ini berjaya..A busy day for me until next upcoming event, National Client Consultation Competition on 19.2.2011..
men-no-pause nice x pernh terfikir...mcm2..;) teruskan dakwah anda..>.<
ReplyDelete