Enzo Fernandez adalah seorang anak muda berusia belasan tahun, mungkin tahun ini 16 tahun jika tidak salah saya..Siapa Enzo sebenarnya? Mengapa wartawan –wartawan semakin ralit mengekorinya…Sejak pertama kali performance tahun sudah dan sebelum-sebelumnya, Enzo dilihat sebagai anak muda yang berbakat menjadi pemain bola bertaraf dunia seperti Kaka, Christiano Ronaldo, Diego Maradona, Wayne Rooney, Lionel Messi, malah mampu menjadi pewaris hebat kepada Zinadine Zidane (kalah Safee dan Nik Khairul Fahmi agaknya)..
Enzo, pemain belasan tahun itu mewarisi genetik bapanya , Zidane..Kerana mahu mengawal media arus perdana dari merosakkan hidup Enzo di bawah spotlight camera dek paparazzi, anak pemain terbaik dunia FIFA satu ketika dahulu, Zidane dan family menggunakan nama akhir isterinya VĂ©ronique Fernandez…Namun, intan dicelahan kaca itu tetap dapat dihidu media..Dalam sekelip mata sahaja berita mengenai skill Enzo bermain bola dipaparkan di dada-dada akhbar..
Enzo didescribekan sebagai “Player who does not stand out in the physical appearance but by their skill with the ball under control. Can deal with both legs phenomenal and makes all the difference in one-one. Resources offensive midfielder, has arrived at goal and a good kicking ball from long range”.
Dilahirkan sebagai anak sulung kepada tiga adik lelaki Luca, Theo yang juga menurut jejak langkahnya menyertai Real Madrid Cadete A team, manakala adiknya yang bongsu Elyaz baru berusia 5 tahun, Enzo melangkah gah dalam gelanggang bola sepak kerana di kelilingi mereka-mereka yang bergelumang dalam sukan berpestij itu..Anak kepada Zinedine Yazid Zidane yang merupakan the 42nd- highest paid athlete in the world pada 2004 itu turut mendapat bimbingan dan dilatih rapi oleh bapanya..
Jika Zidane digelar sebagai “monster” oleh Carlos Alberto Parreira kerana performancenya yang hebat dan skill permainan yang mantap, dikatakan juga sebagai pemain terbaik dalam sejarah bolasepak oleh Jurulatih German, Franz Beckenbauer. Pernah menjadi rakan sepasukan, David Beckham dan Roberto Carlos menyifatkan Zidane merupakan pemain handalan pernah dilihat dan tempatnya sukar ditukar ganti..Jadi tidak hairanlah sekiranya Enzo akan menjadi pemain terbaik World Cup untuk tahun-tahun akan datang mengantikan bapanya yang sudah retired..
Apa yang nak dikongsikan adalah bagaimana Zidane, selaku bapa yang sentiasa mahukan yang terbaik buat anaknya, memastikan Enzo tidak menggunakan nama akhir Zidane yang mampu mencetuskan kontroversi..Tidak mahu anak sulung pewaris keluarga itu rosak dek glamour dan popularity, Zidane menggunakan maiden name isterinya..Begitu juga dengan Mark Walhberg, pelakon dan juga rapper satu ketika dahulu pernah mengeluarkan statement awal tahun ini bahawa “gagal untuk menjadi parents terbaik menyebabkan gagal dalam semua perkara”..Itu non-Muslim punya point of views..Kesedaran untuk mengutamakan family dan menjadi parents terbaik untuk anak-anak sememangnya satu perkara yang ramai menganggapnya remeh..Ada yang menabur kemewahan dan kesenangan namun lupa untuk mendidik dan mengajar anak-anak cara terbaik untuk hidup bersederhana dan well-manner..
Kerana itu dalam buku “Cinta dirumah Hassan Al-Banna” mengupas cara hidup, didikan serta beberapa peringatan untuk kita jadikan panduan..Didikan penuh hikmah as-syahid dalam mendidik anak-anaknya even as-syahid terlalu sibuk di jalan dakwah…Kerana itulah sebaik-baiknya, perempuan yang akan dipilih menjadi ibu kepada anak-anak perlu dipilih penuh penelitian…Sebabnya, suami ada kalanya sangat sibuk dengan urusan diluar samada bekerja atau menyebarkan seruan Allah…Jadi, tugas mendidik amat berat di shiftkan kepada si ibu dalam mendidik anak-anak…Semakin advance teknologi, semakin advance manusia..Skill yang digunakan juga perlu advance…
No comments:
Post a Comment