Sunday, February 6, 2011

Fokus: Abu Hassan Morad


Abu Hassan Morad

Saya cukup kagum dengan peribadi seorang ini yang saya rasa boleh mengganggapnya seperti ayah…Dalam lingkungan 50-an jika tidak silap saya, Abu Hassan Morad merupakan seorang insane yang cukup istimewa…Jika bukan kerana cikgu Abu tegas dala berkarya dan menerbitkan penerbitan berunsurkan Islam, rasanya majalah Asuh yang dulunya pernah memberikan impak yang besar buat diri saya pasti tiada…Galeri Ilmu, syarikat penerbitan cikgu Abu yang juga selaku pengurus ternyata masih utuh dalam memperjuangkan penyiaran majalah, cerita berunsurkan Islamik..

Saya terkesan dengan cerita-cerita buah tangan cikgu Abu satu ketika dahulu…Menerusi Natasya,Julia, Cinta Madinah, Suu Phea, ternyata saya ralit menjiwai watak-watak didalamnya…Cerita itu akhirnya di terjemahkan dalam bentuk cerita seperti Cinta Madinah yang dibintangi Wardina dan pergambaran dilakukan di Timur Tengah ketika itu…Saya cukup kagum kerana ketika itu tiada seorang pun yang benar-benar mahu membuat satu cerita berunsurkan Islam dan menuruti batas-batas syariat sebagaimana di lakukan cikgu Abu dan krew-krewnya..Hanya sekarang baru ada yang mengetengahkan cerita berunsur Islamik seperti Nur Kasih hasil pengarah serba boleh Khabir Bhatia dan isteri Mira Mustafa..

Perjuangan cikgu Abu selama bertahun-tahun ternyata membuahkan hasil dalam memastikan segala cerita, novel malah filem berbentuk Islam diterima masyarakat.. beliau berjaya meraih Hadiah Sastera Perdana pada 2000 menerusi novel Julia sehingga akhirnya diangkat sebagai teks untuk Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (KOMSAS).Hasilnya, novel Julia di jadikan KOMSAS untuk beberapa tahun sudah dan digunakan di sekolah menengah…Manakala novel Cinta Madinah turut akan dijadikan teks KOMSAS untuk tahun akan mendatang jika tidak salah saya…Itu satu impak yang hebat sebenarnya..

Anak cikgu Abu, Ummu Hani turut mengikut jejak langkah bapanya dalam bidang penulisan berbentuk ilmiah…Seperti cikgu abu yang suka mengembara, begitu juga Ummu Hani mengorak langkah menuju Syria pada tahun-tahun sudah untuk mencari ilham berkarya…Walaupun tidak pernah berjumpa cikgu Abu, melalui penulisannya saya boleh lihat cikgu Abu sangat-sangat humble dan low-profile orangnya…

Baru-baru ini, di adakan Seminar Pemikiran Sasterawan: Fokus Abu Hassan Morad..merungkai pemikiran sasterawan cikgu Abu yang banyak berjasa dan merupakan yang pertama menyiarkan penerbitan berunsur Islam di Malaysia seterusnya mengiktiraf kebijaksanaan pengarang prolifik dalam pelbagai genre sastera, meskipun sudah mengulitinya sejak 25 tahun lalu dan kini cikgu Abu juga dikenali sebagai seorang tokoh korporat. Antara kata-kata Presiden Persatuan Karyawan Perak, Zabidin Haji Ismail “Abu Hassan yang sangat cintakan Islam bukan saja berjaya menerapkan keindahan agama itu dalam karya kreatif, bahkan bekas guru ini berjaya membudayakan ‘ad-Din’ dalam pentadbiran dan pengurusan perniagaannya.”…

Moga usaha cikgu Abu mendapat keberkatan disisi Allah dan kepada penulis-penulis di luar sana, marilah kita mencontohi beliau…

1 comment: