Wednesday, February 2, 2011

Akhirnya..


Akhirnya Mubarak ditikam dari belakang-source F.O.A

Semua penuntut Malaysia di Mesir, yang kini berdepan masalah berikutan protes ganas yang mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur, dijangka dipindahkan dari negara itu dalam tempoh empat hari setengah. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata kerajaan serius dalam usaha untuk membawa keluar warganegaranya dari Mesir dan telah mengaturkan untuk menerbangkan mereka dari Kaherah ke Jeddah, Arab Saudi.

Selain tiga pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas ke Mesir hari ini, katanya pesawat khas AirAsia Airbus A320 dengan kapasiti 249 penumpang juga dijadual berlepas ke Kaherah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada kira-kira 2 petang hari ini.Antara yang turut serta dalam penerbangan AirAsia itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Datuk Ismee Ismail dan Ketua Putera Umno Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang dalam misi membantu membawa pulang pelajar Malaysia dari negara yang sedang bergolak itu.

"Pesawat itu juga akan membawa barangan makanan untuk pelajar Malaysia di Mesir," katanya kepada pemberita di sini. Anifah berkata sebuah pesawat Malaysia Airlines, Boeing 747, yang boleh membawa 285 penumpang, akan berlepas ke Kaherah pada 9 pagi esok. "Kami menjangkakan untuk menerbangkan sekurang-kurangnya 3,000 rakyat Malaysia dari Kaherah ke Jeddah setiap hari dan berharap semua penuntut Malaysia di sana dapat dipindahkan dalam masa empat hari setengah," katanya. Beliau berkata kerajaan sedang menguruskan visa sementara dengan kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan penuntut berkenaan dipindahkan ke Jeddah.

Katanya terdapat lebih 11,000 penuntut Malaysia di Mesir.Anifah berkata kerajaan Malaysia dan Indonesia turut bekerjasama rapat dalam proses pemindahan itu. "Sebagai contoh, pesawat MAS atau AirAsia boleh membawa rakyat Indonesia yang terkandas di lapangan terbang jika ada tempat duduk kosong," katanya. Anifah juga menasihatkan ibu bapa yang anak mereka berada di Mesir supaya bersabar kerana keadaan adalah terkawal dan memberi jaminan yang kerajaan sedang melakukan yang terbaik untuk melindungi mereka.

Kelantan hari ini menghantar wang tunai RM120,000 menerusi misi kemanusiaan Mercy Malaysia ke Mesir bagi membantu 1,281 pelajar negeri itu yang terperangkap di sana. Seramai 11,319 students di Mesir, 7,000 daripadanya berjaya dihubungi KPT..Kapal KD Bunga Mas sedang bersiap siaga di sana..Sehingga jam 7 malam tadi, laman Krisis Mesir, Nasib Rakyat Kita setakat ini telah mengumpul 46,540 pengikut yang ada antara mereka mempunyai saudara, rakan atau ahli keluarga di Mesir.- Bernama

Raja Abdullah turut memberi sokongan penuh kepada Presiden Hosni Mubarak. Baginda dipetik berkata "Rakyat yang merusuh di manipulasi pihak tertentu menggunakan hasutan melampau". Padahal Raja Arab Saudi itu sebenarnya terdesak dek kebangkitan di Timur Tengah bakal mengegarkan takhtanya. Bayangkan jika Ben Ali yang ditendang keluar oleh rakyat Tunisia tidak di benarkan mendarat di Perancis oleh presiden penuh kontroversi yang berkahwin dengan model Carla Bruni, Presiden Sarkozy..

Alih-alih Jeddah, negara Islam menerima Ben Ali dengan tangan terbuka, sedangkan negara Kafir sendiri menolak Ben Ali yang terkenal dengan sikap Ala Mafia yang korup di Tunisia..Barack Obama pula dilihat sudah makin slow serta hilang taringnya membela Mubarak...This upcoming 4 Februari dilihat sebagai klimaks untuk menggulingkan Mubarak..4 Feb juga dikatakan Jumaat barakah yang akan membawa perubahan...Kita tunggu dan lihat..

FYI: Saya tidak berkesempatan untuk review all news and catch-up media arus perdana..Satu hari berkampung di KT semata-mata memenuhi keperluan adik yang berangkat ke kem PEWARIS jam 10.40p.m tadi..Back home and alhamdulillah, arrived safely around 11.57p.m..Mostly atas jalan kereta berderet-deret, esok Chinese New Year..Lunar New Year..Tadi juga i got a good news from my close-pal dari Penang..May Allah bless u on 29 May 2011..According to my final draft exam, my last paper will ended on 5th May (The day my 'maknae' sister got hit by a lorry 6 years ago)..InsyaAllah, if tiada aral melintang I will attend ur Wedding..

No comments:

Post a Comment