Saturday, December 12, 2009

Philip C.Jessup di hadapan


Seingat saya, mula2 saya tulis entri dalam blog ni masa saya ke UM..time tu adanya National round Philip C.Jessup Competition...namun kami bukanlah juara, itu kali pertama kami mencuba nasib, paling kurang kami dapat beat Usim...Memorial kami antara yang tinggi juga..kita tak panggil bundle kita panggil memorial..itulah perbezaan dalam mooting internal di universiti dan external ketika lawan universiti lain...Mooter terbaik ketika itu, student UM la, dah lupa nama Samuel kot..lelaki..dia pandai jawap soalan judges..

Kali ini, Philip C.Jessup kembali lagi..bulan March ni, kami sekali lagi bakal berentap dengan peserta2 dari universiti lain...yang bagusnya, saya bukan mooter yang perlu bercakap english seolah2 nayive speaker di depan judges..saya hanya researcher yang mencari bahan untuk berentap nanti..tulang belakang mooter2 ini..mooter ada empat semuanya..seorang mooter ada dua orang researcher..manakala sorang lagi adalah solicitor..yang juga membantu mooter menjawap soalan yang dikemukakan judges..kami researcher of course tak boleh duduk semeja dengan mooter...kami cuma tengok dari jauh..menyediakan argument2 untuk mereka..

Kali ini jika mooting competition ini berulang kembali, bermakna bulan March ni genap lah setahun usia blog ini..kalau ia seorang baby, tentunya sudah banyak milestone..pandai berjalan, banyak dah tumbuh gigi, banyak kemajuan...namun, apakan daya, hanya ini yang termampu setakat ini..banyak komitmen lain merencatkan kesungguhan saya untuk terus membuat yang terbaik..blog ini satu perkongsian sebenarnya..perkongsian fikrah..dan itulah tujuan yang utama..moga semua beroleh manfaat..saya alu-alukan sebarang kritikan membina dari anda..insyaAllah..saya juga insan yang serba kekurangan..satu gambar daripada pewaris.net..


para sukarelawan

Source Pewaris.net..Misi Kemanusiaan Padang adalah seperti mimpi jadi kenyataan. Keinginan untuk pergi mula tercetus apabila membaca dan berbincang dengan sahabat yang terdekat, kenapa dan mengapa Allah swt menggoncangkan bumi Padang yang berada tidak jauh daripada Malaysia.
Dari Abdullah bin Hiwalah r.a berkata: Rasulullah saw meletakkan tangannya di atas kepalaku lalu beliau bersabda, ”Wahai Ibnu Hiwalah, Apabila engkau melihat khilafah kenabian telah sampai ke tanah Syam maka telah dekatlah terjadinya gempa-gempa, masa-masa kesusahan dan kegundahan, serta perkara-perkara besar dan hari kiamat pada saat itu lebih dekat kepada manusia dari tanganku terhadap kepalamu.

[ Hadis Sahih, HR Ahmad, Abu Daud dan Hakim]

Apa? Hari kiamat sudah dekat ?????? Sangat dekat!!!!! Apakah persediaanku, persediaan kita??

Saudaraku, marilah kita tingkatkan iman, ilmu dan amal kita agar pada hari itu kita tidak termasuk dalam pihak yang salah . Oleh kerananya, walaupun perselisihan antara manusia serta gempa merupakan perkara yang tidak kita sukai, namun Nabi menyebutnya sebagai khabar gembira.

Apakah yang dimaksudkan oleh Nabi saw sebagai berita gembira itu?

Gempa adalah tanda-tanda kecil kiamat. Tanda-tanda kecil kiamat bermula sejak Nabi Muhammad saw diutuskan lagi sehinggalah kini termasuk juga penzinaan berleluasa, mandi bogel di khalayak ramai, maksiat bermaharajalela dsb. Jadi berita gembira itu ialah kedatangan Imam Mahdi iaitu sebagai penghubung di antara tanda-tanda kiamat kecil dan besar. Apabila datangnya Imam Mahdi akan berlaku peradaban penuh adil dan kejujuran seperti yang di perkatakan di atas. Selepas Imam Mahdi barulah akan muncul Dajjal, turunnya Nabi Isa, keluarnya Yakjuj dan Makjuj dan matahari akan terbit dari tempat terbenamnya dan lain-lain lagi.

Yang pasti kiamat sudah dekat!!!

Kepulangan sahabat-sahabat relawan daripada Padang melalui ceramah-ceramah yang diberi oleh mereka banyak membawa cerita-cerita apa yang berlaku, kenapa dan mengapa berlakunya goncangan yang kuat, korban nyawa, rumah hancur, keluarga yang terpisah, kampung yang tertimbus.

”Musibah dan bencana yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan kamu sendiri.”

( Al Isra, 17 : 58).

Mereka ditegur oleh Allah swt Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di atas perbuatan mereka mengkufuri nikmat-nikmat Allah swt.

Apakah tidak ada orang yang mengajak mereka kembali kepada Allah swt?

Apakah kekufuran yang berlaku di Padang tidak berlaku di Malaysia ?

Berkata Ummu Salamah,isteri Rasulullah saw, aku mendengar Rasulullah saw bersabda,

” Jika timbul maksiat pada ummatku maka Allah swt akan menyebarkan azab-azab siksa kepada mereka.”

Aku berkata; Wahai Rasulullah, apakah pada waktu itu tidak ada orang-orang yang soleh?

Beliau menjawab: ”Ada”

Aku berkata lagi : Apa yang Allah akan perbuat pada mereka?

Beliau menjawab: ” Allah akan menimpakan azab kepada mereka sebagaimana ditimpakan kepada orang-orang yang berbuat maksiat, kemudian barulah mereka akan mendapat keampunan dan keredhaan dari Rabbnya.”

[HR Imam Ahmad]

Seandainya aku tidak berbuat apa-apa, aku takut menghadapi apa yang akan menimpa! Ancaman pihak Kristian memurtadkan anak-anak tidak boleh dibiarkan menapak!

Taklimat

Taklimat untuk pasukan kami telah diadakan di Pejabat PEMANGKIN HALUAN Selangor di Petaling Jaya pada pagi 21/11/2009. Taklimat dari Sekretariat Misi HALUAN Pusat cukup memberi didikan kepada kami, di antaranya…..

Aku turun keranaMu Ya Allah,hanya untuk mencari cintaMu, mendapat redhaMu, aku turun untuk mendidik diri, kenal diri lantas mengenali diriMu Ya Rabb,

Aku turun ingin membantu saudara seagamaku tetapi yang pasti ingin membantu diri ini sendiri agar lebih mentaati Mu, melatih diri ini mengajak manusia kepada mentaatiMu, menyelamatkan diri ini dan kami semua dari api nerakaMu…

Jagalah syara’ dan letaklah Allah sentiasa di hadapan.

Kami bertaaruf di antara satu sama lain. Lapan orang yang pergi di bawah Ketua Dr Mansor Yahya. Kapalterbang berlepas jam 210 pm dan tiba di sana pun jam 210 pm. Kami disambut oleh Akhi Md Muslim yang lebih awal sudah berada di sana, seorang siswa UiTM (HALUAN Siswa) dan seorang jurupandu.

Kami terus di bawa ke Posko (Pusat Koordinasi). Didalamnya penuh dengan sembako,makanan asas seperti beras, gula, teh yang dibungkus untuk di edarkan kepada mangsa.

Kedatangan kami seterusnya di alu-alukan oleh Ketua LSM yang bekerjasama dengan HALUAN di Pariamam, Pak Ridhwan. Terkejut saya melihatnya. Umurnya baru 31 tahun. Kita kagum dengan semangat mereka yang masih dalam usia muda berjuang untuk berdakwah menegakkan Islam.

Pak Ridwan memberitahu tentang kegiatan NGO kristian yang mahu mengkristiankan anak anak Pariaman dalam tempoh 6 bulan, Hands On namanya. Soalan yang ditanyakan kepada anak-anak, siapa yang menjadikan gempa berlaku? Anak-anak jawab Allah. Adakah Allah turunkan bantuan? Anak-anak jawab tiada. Sekarang tutup mata dan tadah tangan, tuhan jesus akan memberikan kamu apa yang kamu mahu. ??????

Sebelah malam kami ada sesi Pass over dari Team 6 yang terdiri dari ramai anak-anak muda siswa/ siswi dari Kelab Siswa HALUAN. Ubatan dan pengendalian mobile clinic serta trauma healing di kongsi bersama.

Friday, December 11, 2009

10 ini untuk saya, kamu dan semua...


inilah dia 10 sifat2 amilin yang di gariskan oleh IHAB


InsyaAllah, entri kali ini berkisar tentang sifat2 amilin iaitu sifat yang perlu serta WAJIB hadam pada mereka yang bekerja di atas jalan dakwah dan tarbiyyah...Sebagaimana di gariskan oleh as-syahid Syed Qutb, as-syahid mengariskan empat sifat amilin manakala IHAB menambah sifat berkenaan sehingga menjadi 10 sifat amilin..sebagaimana terpapar pada gambar di atas..
Sekiranya kita mempunyai 10 sifat amilin ini, saya teringat kata2 Sir Abdoh ketika berada di MATRI beberapa tahun yang lepas, "siapa yang mempunyai kesemua sifat ini, dia boleh mengoncang dunia"...dan ianya ternyata benar..sesiapa yang berhajat menjadi leader misalnya, jika hadam kesemua 10 sifat amilin ini, dia merupakan leader yang terbaik, begitu juga dalam konteks yang lain seperti pelajar, anak bahkan pekerja...

sekiranya ada dalam diri mereka kesemua sifat ini, maka dia merupakan yang terbaik...seolah-olah mutiara yang bersinar berkilauan...tiada siapa yang mampu menutupnya...kerana sinarnya boleh dilihat manusia hatta mereka yang jauh...sebab itulah skill kepimpinan dan sebagainya boleh di lihat oleh orang lain...ada perbezaan ketara antara mereka yang ada matlamat atau hala tuju hidup dengan orang yang hanya hidup seperti mayat berjalan...tiada arah tujuan...itulah indahnya hidup berlandaskan keimanan kepada Allah..itulah juga natijah daripada hadamnya kesemua sifat amilin tadi...

Aqidah yang salimah atau sejahtera bermaksud tiada illah dalam diri seseorang itu kecuali Allah s.w.t sahaja...tiada syak wasangka atau ragu-ragu dalam dirinya dalam memperhambakan diri pada Allah..yang lainnya perhambaan kita kepada Allah dengan perhambaan sesama manusia adalah perhambaan kita sedikitpun tidak menghinakan diri kita di sisi Allah, malah sekiranya kita benar-benar memperhambakan diri kita kepada Allah, darjat keimanan kita semakin hari semakin bertambah...berlainan dengan perhambaan sesama manusia, timbulnya pelbagai permasalahan seperti penyeksaan, ketidakpuasaan hati dan sebagainya...darjat kita lebih hina.. di dunia yang hanya persinggahan ini, hanya ada dua jalan sahaja...tiada yang ketiga...hanya islam atau jahiliyyah...tiada pilihan lain...sekiranya kita memilih Islam dengan sendirinya jahiliyyah tertolak..namun jika kita memilih jahiliyyah, maka Islam dengan automatik tersingkir...

Ibadah yang sahih bermaksud segala amal ibadah kita dibuat kerana Allah dan bukan untuk yang lain...segala nya kita ikut perlakuan Rasulullah, kita beribadah bukan secara ikut-ikutan atau taklik semata-mata..orang lain buat, kita pun nak buat..tapi kita buat kerana kita mahu berubudiah kepada Allah...

Sahsiah atau akhlaq yang mantap...nnt saya update lagi..penat menulis..ehe..






Thursday, December 10, 2009

Alhamdulillah


ini dia murobbi saya beberapa tahun yang lepas sehingga kini

sir Abdoh - sentiasa penuh dengan senyuman

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.."
~Imam As-Syahid Hassan Al Banna~ source keARAH ktn

Segala pujian hanya untuk Allah, sudah agak lama saya tidak berjumpa face-to-face dengan Sir Mohd Abdoh Zainal Abidin a.k.a MAZA, murobbi saya ketika di MATRI...sebelum ni the latest saya jumpa sir, ketika 2 dekad MATRI..itu pun tengok dari jauh aje..Syukur sangat2...banyak input yang sir kongsikan dengan saya dan yang lain..rasa ada kekuatan disebalik wajah tua sir...tahun depan genaplah usia sir 70 tahun..tengok lah gambar di atas, even saya rasa sir masih kuat dan muda dari usianya...jika dibandingkan dengan datuk saya a.k.a tokki di kampung jauh sangat bezanya..tapi sir lain, sir seorang yang sangat2 menjaga kesihatan, tidak hairanlah badan sir masih kuat untuk bersama2 kami menelusuri perjalanan sejauh 8km....dengan hanya berjalan kaki..meredah jalan di sebalik pokok2 getah, melalui anak sungai sehinggalah mendaki bukit Meranti yang kedudukan tegak dan menyukarkan kami yang masih muda..malu pula rasanya bila fikir2 balik..kerana tidak sekuat sir tambahan pula usia dikalangan kami ada belasan tahun..



Sunday, December 6, 2009

Urusan Tarbawy 2


penat?? namun manis bila kita tahu arah tujuan..bertemu sahabat soleh itulah kemanisan ukhuwwah

"Nikmat yang paling berharga selepas iman dan islam, adalah memiliki sahabat yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh" Umar Al-Khattab

Satu-satunya yang tinggal jauh dalam group yang pegi tentunya saya..sejak dari awal pagi sudah kena packing barang-barang...antaranya torch light, baju hujan, kain telekung a.k.a kain sembahyang dalam bahasa terengganu sebabnya telekung tu biasanya guna untuk serkup kepala, al-Quran, mathurat, pakaian riadah mencukupi, air mineral botol besar, pembuka tin-cukup-cukup penting, pisau, lighter, mestin, gas masak, khemah, baldi untuk ambil air dalam tasik..

Perjalanan ke MPKT sekali lagi bermasalah, tayar bas pancit rupanya...kena tunggu tukar dulu..nak dekat pukul3 baru bas jalan dan sampai dalam pukul 5.30 petang...solat jamak dan saya ke kedai kejap sebelum makcik Ani fetch...cari kasut sebab adik bawa ke KTD..jenis plastik..boleh kena air, dwi-function..Kebetulan, MN kat Marang tinggal beg trekking kat Busyra ..dia suruh guna yang tu sebab senang nak daki bukit...Alhamdulillah, semua berjalan lancar..naik bas kul9 malam..mula dah teringat nostalgia lama..ke MATRI..dulu2..dah lama tak pegi lepas 2 dekad...


Saturday, December 5, 2009

Semut juga mengajar kita

Sekiranya kita memandang alam ciptaan Allah kita akan dapat mengambil berbagai iktibar dari segala makhluk yang diciptakan Allah di dunia ini. Hati yang diselaputi wangian iman akan merasai betapa hebat dan agungnya ciptaan Allah, dan alam ini diibaratkan kitab yang terbuka buat manusia yang selalu berfikir dan memerhatikannya. Antara ciptaan Allah yang akan kita bicarakan disini ialah semut,makhluk yang kecil tapi mempunyai kekuatan yang besar. Semut merupakan makhluk Allah yang paling unik dan Allah telah menyebut tentang makhluk ini melalui wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW 1400 tahun yang lalu. Surah an-naml tentunya amat 'familiar' dikalangan mereka yang mencintai al-Qurankan!.. Hanya dua ayat dalam surah tersebut membicarakan tentang semut hinggakan Allah muliakan mereka dan memberi nama surah ini dengan nama semut- al-naml: 18.

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari". 19. Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa Dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - Dengan limpah rahmatMu - Dalam kumpulan hamba-hambaMu Yang soleh".


Marilah sama-sama kita tonton video ini dan ambillah iktibar dari kisah semut dan koloninya...semoga kita bertambah keimanan kepada Allah..




inilah dia buku yang saya tertunggu2..9Nyawa..baru aje di launchkan dalam blog RAM

Sinopsis:
INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

Friday, December 4, 2009

Hujan



until now, hujan tak berhenti2

jaga kesihatan anda di mana jua anda berada..kerana tanpa kesihatan yang baik..tentu merencatkan kerja2 D & T..

Thursday, December 3, 2009

Rencam: Pemain Arsenal(Islam)


Nama Armand Traore mungkin tidak sehebat Nicolas Anelka atau Robin van Persie dalam jagat bolasepak dunia. Tapi bersama dengan kedua orang itu, Arman Traore adalah seorang pemain bola Muslim di Liga Primer Inggris (EPL).

Ada sesuatu yang lain sekarang dalam cara berfikir pemain Arsenal yang mulai sering dimainkan oleh pelatih Arsene Wenger. Ia akan menghapus seluruh tattoo di tubuhnya.


Alasannya, karena Islam—sebagai agamanya—telah melarang tattoo di sekujur tubuhnya.


"Saya akan menjalani pembedahan pada akhir musim untuk menghilangkan tattoo," katanya kepada Arsenal Matchday.

"Saya berencana untuk melakukannya di musim panas. Mereka (para doktor) akan menempatkan saya di bawah anestesi (bius) dan kemudian melakukan itu semua, dan ketika saya terbangun semuanya akan lenyap".


"Perlu sedikit waktu pemulihan jadi saya akan melakukannya pada akhir musim bolasepak."


Traore, 20, merasa bahwa memiliki tattoo adalah kesalahan besar, dan ia menyesal untuk itu.


"Kalau saya telah menjalani agama saya dengan benar sebelum saya memiliki tattoo, saya tidak akan pernah memiliki tattoo," jelasnya.


"Saya fikir itu salah satu kesalahan terbesar dalam hidup saya, tapi saya akan mencuba memperbaikinya.

"Saya telah mendapatkan manfaat agama saya secara peribadi dan dalam karier saya. Saya selalu menjadi seorang muslim tetapi saya tidak benar-benar berlatih untuk itu, saya hanya berkata kepada orang-orang ‘saya seorang Muslim'. Ini merupakan perkembangan secara bertahap".


Anda betul, Armand. Tattoo memang dilarang dalam Islam. (sa/goal).www.eramuslim.com

Nota Kaki: Alhamdulillah, saya selamat sampai petang tadi even jalan jammed dari kemaman hingga area teluk kalong..sepatutnya perjalanan dari Kajang akan sampai di Paka, Dungun area pukul 3petang...tetapi Allah izin, disebabkan jammed tadi, saya sampai pukul 5 lebih...Alhamdulillah, syukur sangat-sangat...segalanya berjalan lancar...sila kunjungi juga blog kak amani anak UDMZ untuk mengetahui setiap perkara mengenai hari-hari bersama UDMZ..insyaAllah..