Saturday, October 3, 2009

Regatta dan Ustaz Jamnul Azhar

Pagi tadi pukul 7 sepatutnya kami dah kena tunggu bas kat Student Centre, tapi dek ada setengah yang tak siap2 lagi, kami berkumpul agak lewat...Semuanya gara2 nak ke Kem Bari, Daerah Setiu for ko-kurikulum Asas Pelayaran..Sampai agak awal dalam 8.10 pagi...hari ni kami balik petang..kira satu hari di Kem...Start kuliah sikit dalam pukul9...dapat sikit hint untuk final exam...macam2 soalan antara yang kena ingat isyarat bendera.namanya pun agak unik, ada Alfa, November, India, Bravo, X-Ray pun ada..kena tahu arah angin In Irons ke, Running ke, Reaching ke..Selain tu kena tahu jenis ikatan2, macam ikatan bunga geti..dalam bahasa Malay memang agak kelakar tapi dalam B.I rasanya lagi better...Regatta kat situ, kabanyakkannya antara sebahagian kecil sahaja untuk training...yang betul2 untuk main Monsoon Cup ada di Teluk Warisan.

Alhamdulillah, merasa juga naik regatta..aha..naik dengan anak couch yang ajar asas pelayaran.memang pandai la dia bawa.Umar namanya, agak susah dah orang nak bagi nama anak stail macam dulu2.Comel sangat Umar yang baru darjah 5. Dia pun dah banyak masuk competition, cuma tak de rezeki nak dapat top ten aje..adik Umar, Ali pula bawa kawan yang lain..Kami naik regatta gilir2.Ada dua yang di guna pagi tadi, jenis Optimist dan Laser. Sampai nak zohor, kami berhenti solat dan makan.Tapi sebelum naik regatta, of course ade water confident, sebelum ni saya pernah masuk kayak, jadi tak susah sangat nak ber'water confident' lagi.cuma kali ni agak seronok sebab dah tahu cara nak swim dengan betul.alhamdulillah, akhirnya tak lah asyik float aje atas air macam sebelum2 ni..Sebenarnya sebelum nak masuk dalam air, couch kata ombak agak besar, seperti semua maklum, bencana alam di sekeliling banyak berlaku.gempa, taufan etc menyebabkan tempias kena sama kat pantai timur dan lain2..sebelum pergi pun ibu dah bimbang sangat2..katanya jangan main air.ombak tengah besar.tapi tadi alhamdulillah, lepas couch tengok sekali lagi dia kata bolehla turun, dah ok sikit.

Sekarang nak bawa cerita sikit, ini tentang entri tertangguh juga.banyak sungguh nak share tapi tu la sebagai manusia biasa yang dah sibuk dengan test, assignment tambah pula nak exam beberapa minggu lagi,ia memang membataskan kerja2 memasukkan entri2.sambungan mengenai raya. siapa ada tengok siaran tv3 "Rumah Kecil Tiang Seribu"..saya harap akan ada ulangan bagi yang tak berkesempatan untuk tengok siaran tu. kalau tak tengok, saya nak ceritakan sikit. Asalnya adik saya di PC,KB pernah cerita mengenai Ustaz Jamnul Azhar.yang saya ingat2 lupa ada pangkal nama Azhar di belakangnya.Saya fikir, erm ramainya nama Azhar orang baik2, sebab di Kg.Ladang,KT pun ada ustaz nama Azhar, memang hebat bagi ceramah, tahu hukum hakam, ramai suka.

Tak ingat hari raya keberapa, tapi time tu saya nak balik pasal kenduri Ayah De, jadi sambil2 iron baju, buka tv3.memang kebetulan, sebab sebelum ni memang jarang buka tv, lagipun ibu saya selalu cakap, ni nak raya, nak kenal sedara mara ke nak beraya dengan tv.jadi kami anak2 dah faham benar, raya mesti kena raya,kenal sedara2.Jadi nak jadi kisahnya, tengah asyik iron sambil tengok tv, memang asyik sangat sampai saya suruh adik2 iron dulu, turn saya lambat sikit, rasa tak seronok tak concentrate.bila adik di PC,KB iron,dia kata 'aik,macam familiar la muka ustaz ni'.bila tengok kat bawah, namanya betul2 Dr.Jamnul Azhar bin Mulkan. Dia pun kena revise balik pasal ustaz ni. Pastu kuat juga adik cakap 'ni la kakngah ustaz yang adik Mar cerita tu'.Apa lagi,sebelum kena orangnya saya dah teruja nak kenal ustaz yang pernah muncul dalam tv9 ni.jadi memang excited dengar sampai habis.

ni yang saya jumpa di satu laman sesawang yang saya lupa namanya untuk di kongsi.‘Rumah Kecil Tiang Seribu’ menampilkan pengacara bual bicara ‘Malaysia Hari Ini’ (MHI), Ahmad Fetri Yahya yang bertindak sebagai penerbit dan pengantara program ini.

Program 30-minit ini membawa penonton mengikuti kisah yang dipaparkan melalui perspektif beliau yang telah berkunjung dan meluangkan masa bersama sukarelawan perubatan yang juga penceramah bebas, Dr. Jamnul Azhar Mulkan untuk mencungkil keunikkan di sebalik kisah keluarga beliau dan keistimewaan Sekolah Rendah Bestari Darul Mulkan.

Berikut adalah coretan Ahmad Fetri tentang pengalaman beliau sepanjang proses penggambaran:

Rumah Kecil Tiang Seribu
Rumah Besar Tiang Sebatang

Peribahasa Melayu sememangnya indah dan kaya makna tersirat. Pandangan orang dahulu kala terhadap alam dan dunia keliling menghantar makna yang besar kepada mereka. Dari tafsiran itu, tercipta kiasan dan perlambangan yang ada kaitan dengan nota hidup manusia..

Ketika saya membuat tugasan di Darfur, Sudan dua tahun lalu, saya bersama-sama dengan seorang sukarelawan perubatan yang juga penceramah bebas, Dr Jamnul Azhar Mulkan. Beliau yang begitu fasih berbahasa Arab, membacakan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Darfur.

Ketinggian ilmu dalam bidang agama dan komitmen beliau yang cemerlang dalam bidang kesukarelawanan melayakkan beliau dianugerahkan Tokoh Perubatan Ibnu Sina oleh Universiti Malaya baru-baru ini.

Ketika berbual-bual dengan beliau, terpacullah kisah adik-beradiknya yang seramai 13 orang. Kesemua mereka mempunyai pangkal nama yang sama – JAMNUL. Jamnul dalam bahasa Arab bermaksud ‘permata’.

Permata bukan sebarang permata. Sembilan orang anak kepada Hj Mulkan Mohamad dan Hjh Jamiah Alias ini sudah menamatkan pengajian di Universiti Al Azhar Mesir dan Universiti Mu’tah Jordan dan tiga yang lain masih menuntut di Universiti Al Azhar. Seorang anak perempuan, Jamnul Azizah, meninggal ketika kecil.


Dr Jamnul Azhar adalah anak sulung. Adik-beradiknya yang lain ialah Jamnul Azlin, Jamnul Azmin, Jamnul Aziah, Jamnul Azman, Jamnul Azazi, Jamnul Azizul Rahim, Jamnul Azua, Jamnul Azamimah, Jamnul Abdul Rahman, Jamnul Azlan dan Jamnul Azam.

Jamnul Azmin meninggal dunia tujuh tahun lalu dalam kemalangan jalan raya. Pemergiannya mengiringi Jamnul Aziah dan ayahandanya, Hj Mulkan yang meninggal pada tahun 1999.

Hj Mulkan seorang pesara guru. Sama seperti isterinya, Hjh Jamiah. Cinta mereka terhadap ilmu dan agama sangat tinggi. Seluruh harta Hj Mulkan telah digunakan untuk menampung pengajian anak-anaknya yang belajar agama di luar negara.

Tidak cukup dengan itu, arwah juga telah menubuhkan Sekolah Rendah Bestari Darul Mulkan, Kuala Sepetang untuk mengajar sendiri anak-anak dan cucu-cucunya tentang ilmu agama. Bermula dengan didikan untuk anak sendiri, penduduk sekitar mula tertarik dengan konsep yang dibawakan Hj Mulkan.

Beliau ingin melahirkan anak bangsa yang kukuh pegangan agama berteraskan Al Quran. Sekurang-kurangnya mereka menyumbang sesuatu kepada masyarakat saat ancaman hedonisme makin menghimpit dengan cabaran yang pelbagai.

Sekolah ini yang ditubuhkan pada 1987 begitu daif. Segala-galanya dibelanjakan menggunakan wang gajinya sendiri. Banyak juga harta terpaksa dijual untuk merealisasikan impian murni ini. Ia tidak langsung bermotifkan keuntungan. Jauh sekali menyisih diri dari pendidikan arus perdana.

Biarlah pelbagai cercaan dan tanggapan orang, niat kerana Allah melebihi segalanya. Doanya hanya satu- mengharapkan Allah meredhai hasrat untuk membentuk insan bertaqwa yang seimbang dunia akhirat. Inilah ‘jihad’ yang diperjuangkan menggunaknan medan ilmu.

Berpuluh tahun berlalu, SRB Darul Mulkan berhasil melahirkan pelajar cemerlang pelbagai bidang. Anak-anak Hj Mulkan yang telah tamat pengajian di Universiti Al Azhar dan Universiti Mu’tah Jordan akan transit di sini sebagai guru agama. Maka, tawaran gaji mewah bekerja dengan kerajaan dan syarikat lain ditolak ketepi demi memenuhi ‘wasiat’ ayah tercinta yang mahukan mereka berjuang dan berbakti di SRB Darul Mulkan.

Dr Jamnul Azhar yang memiliki tiga rangkaian klinik, menggunakan sumber kewangan dari kliniknya itu untuk membayar gaji adik-adiknya dan pekerja yang lain di situ. Gaji mereka kecil dan kebanyakannya berkhidmat dengan sukarela termasuklah petugas kantin. Mereka ‘melabur’ untuk akhirat yang abadi.

Saya sendiri teruja dengan ‘JAMNUL’ ini. Semuanya berlidah fasih berbicara bahasa Arab, berhujah dengan hadis, memberi ceramah agama di merata tempat dan mengimamkan solat. Peribadi mereka juga mulia dan saling sayang dalam satu keluarga besar. Hjh Jamiah kini tenang bersama anak dan menantu serta cucu seramai 38 orang.

Terbukti, mereka yang berjuang di jalan Allah, akan dibantuNya. Usaha keras puluhan tahun dahulu mula menampakkan hasil. SRB Darul Mulkan yang serba sederhana tetapi tetap bernyawa dan bergelora untuk melahirkan insan mukmin yang teguh dibawah naungan Al Quran dan As Sunnah.

1 comment:

  1. Assalamualaikum..

    Untuk pengetahuan tuan dan puan, anda boleh layari laman web http://srbdarulmulkan.wordpress.com berikut untuk mengetahui lebih lanjut tetang Sek Ren Bistari Darul Mulkan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete