Sunday, March 7, 2010

Ceritera dari Oldfolks 2


keindahan alam ciptaan Allah

Berbalik kepada berlibur, Allah izin, sebelum ini memang dah lama beria-ria nak jadi agent for tabloid I Luv Islam..Alhamdulillah, tak disangka-sangka, tika berada di UKM, Nabihah message tanya nak jadi tak..Ibarat disorong bantal, saya iyakan sahaja..Balik dari UKM, Nabihah dah tinggalkan stok untuk saya jualkan I Luv Islam, sambutan memang menggalakkan, satu malam sudah habis terjual...

Tetapi, hati saya rawan bila membaca I Luv Islam (mungkin saya je yang sering begitu)...kerana saya lebih suka konsep asal seperti dalam laman sesawangnya, namun apabila ia menjadi tabloid rasa ada sedikit yang kurang...anda bacalah sendiri..

Balik tempoh hari, saya juga ambil peluang menonton Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu, tertarik pada seorang peserta dari Australia yang agak fasih bertutur Melayu, namun 'format' pidatonya lari terus..Malam itu malam pertama pidato, pemenangnya bagi kategori antarabangsa, tempat pertama: China, Kedua: Russia dan Ketiga: German (kadang tu tergelak sebab orang German, susah nak sebut huruf 'r')..

Kali ini juga, banyaknya ceritera yang saya tahu, misalnya seorang rakan rapat nay (nampaknya dah terikut Dahlia panggil ibunya) mempunyai masalah apabila suaminya mahu membuka 'cawangan'..Suaminya yang kerja di kapal, persisiran minyak Petronas, Paka itu menyatakan hasrat untuk menolong janda berumur 30-an itu..Sedih juga mengenangkan rakan rapat nay itu seorang mualaf (alangkah sedihnya kan bila masuk Islam, berkahwin, mempunyai anak dan cucu baru berusia setahun, keluarga nya yang masih berpegang pada agama cina turut membuangnya) jadi mana lagi tempat mengadu melainkan pada suami..Saya kagum dengan rakan rapat nay itu, dia sentiasa positif, menyalahkan dirinya punca suaminya bertindak begitu, bercakap baik-baik dengan 'bakal madunya'..Dia perempuan terpelajar, kisah suaminya juga dia tahu melalui Facebook, blog2 dan sebagainya..Doa saya, moga suaminya tetap setia (benar berpoligami itu sunnah dalam Islam) namun, dalam kondisinya yang berusia 50-an dan bekerja di Kapal (dalam sebulan kadang-kadang hanya seminggu di rumah dek kerja) mana mungkin dia dapat membahagikan masa seminggu itu antara isteri pertama dan kedua..(itu cuma fikiran saya aja)..

Nota Kaki: Hari ini tiga assignment perlu dihantar..Moga Allah permudahkan..

No comments:

Post a Comment