Friday, March 12, 2010

Jalan Panjang Tiada Short-Cut


Tiada jalan pintas bertemu Allah

Alangkah peliknya manusia..Ada segelintir mereka hanya mahukan short-cut, jalan pintas untuk mencapai sesuatu..Tetapi tidak mengetahui impak dari jalan pintas yang dipilih itu..Tiada istilah jalan pintas untuk mendapat sesuatu yang bernilai manfaatnya..Ini kerana jalan yang panjang itu lebih terjamin keasliannya malah lebih kuat keberkesanannya..Seperti kita merentas desa, treknya begitu jauh, bukan..Bagi mereka yang tidak mampu kerana trek yang panjang, mereka berputus asa di tengah jalan, ada yang berhenti singgah minum air di warung-warung tepi jalan, ada yang berehat di bawah pokok, ada yang sudah berhenti tidak mahu teruskan perjalanan..inilah suasana atau ragam yang biasanya berlaku dalam konteks kehidupan seharian..kebanyakkan kita lebih gemarkan keselesaan, kesenangan, sukar untuk menerima kesukaran dan kesusahan. Sedangkan kalau kita lihat contoh Rasulullah dalam berdakwah kepada masyarakat, baginda melalui pelbagai mehnah tribulasi dalam pelbagai bentuk, namun, baginda masih meneruskan kerja yang mulia itu sehingga dipanggil pulang oleh Allah..

Sedih bila mengenangkan kita yang sentiasa menyatakan kecintaan pada Rasulullah di bibir, namun secara praktisnya kita ternyata masih jauh dari mengikuti atau mempraktikkan akhlaq Rasulullah dalam kehidupan.. "Jalan ini jalan panjang" sebagaimana diungkapkan dalam lirik nasyid di Indonesia (saya ubah sikit)..Jalan yang kita lalui juga tidak lari dari jalan para sahabat yang penuh dengan ujian dan cabaran..penuh onak dan duri kerna jalan ini bukan dihamparkan 'red karpet' untuk menyambut kita bahkan onak dan duri itulah sebenarnya ujian Allah untuk menguji tahap keimanan kepada Allah..Adakah kita layak masuk syurga Allah sebelum di uji?..Tepuk dada tanyalah iman..

Ada juga di antara kita yang tiada matlamat apabila berada di jalan ini..Hanya menjadi pengikut yang tidak tahu hujung pangkalnya..Mereka berada bersama hanya kerana mahu berteriak kepada dunia 'aku salah seorang yang mengikutinya'..Maaf kalau saya katakan..betulkan niat kamu jika mahu terus mendapat hidayah Allah..Jangan berada dalam lingkungan ini jika hanya mahu menunjuk-nunjuk seolah-olah berada dalam kelompok itu, dia sudah sempurna berbanding orang lain..Ada sesetengah duduk dalam kelompok itu atas dasar kawannya juga begitu..Pemikiran sebegini adalah salah sama sekali...Betulkan niat kamu, jangan kerana hanya mahukan nama tercacat dalam kelompok itu, diberi pangkat dan sebagainya...Tiada istilah pertandingan dalam merebut jawatan yang belum tentu lagi kamu layak memegangnya..Peliknya manusia..Mereka tidak sabar dalam sesuatu perkara, terlalu banyak bertanya perkara-perkara yang sama berulang kali sedangkan sudah tahu jawapannya..Ingat, innamal a'malu binniyat...Sesungguhnya setiap amal perbuatan itu bergantung kepada niat...Rendahkanlah hatimu dan paling penting sabar, sabar dan sabar lah di atas jalan ini...

Natijah itu sebetulnya bukan tugas kita untuk memikirkannya...Sebagai Techno-Daie,kita hanya perlu berusaha semaksimum mungkin dalam mencapai sesuatu..Namun, segalanya adalah kuasa mutlak Allah untuk memberikan hidayah Nya...Yang penting kita mesti berusaha...kerana itulah yang akan dikira oleh Allah kelak...Salam Mahabbah dan jangan lupa muhasabah diri (especially diri ini)...

No comments:

Post a Comment