Tempat berlibur kali ini, bukan dimana-mana tempat peranginan utama negara..tapi berlibur kali ini saya kembali ke teratak kasih "ayahanda dan bonda"..Ibarat macam sayalah satu-satunya anak mereka, pulang berlibur kali ini lebih bermakna..Masa tidak perlu berbagi dengan adik-beradik yang lain..Semuanya mereka tumpukan pada saya, begitu juga sebaliknya..
Pulang berlibur kali ini mendekatkan hubungan antara dua keluarga..Asalnya, saya menolong dua orang tua (sepasang suami isteri) pulang kerumah cucunya, yang baru melahirkan anak kira-kira dua minggu lalu...Handsetnya 'kong', kehabisan bateri, jadi handphone merah putih saya jadi galang gantinya untuk menelefon cucunya..Bermula dari situ, saya bawa mereka ke bas, dan memandangkan mereka agak sukar berkomunikasi dengan cucu mereka, saya temani mereka sehingga sampai ke perhentian (macam cerita tujuh perhentian pula)..Kebetulan, mereka mengajak pulang sekali dengan menantu cucunya (tak sangka lelaki muda yang baru bergelar bapa itu rupa-rupanya dua pupu saya)..Kecilnya dunia ini..
Bila berlibur di rumah, memang benar-benar cuti2 Malaysia..Saya lebih suka habiskan buku Jemari Seni Panggil Aku Dahlia (walau assignment berbaki tiga untuk dihantar Ahad ini)..Ceritanya boleh dipuji, saya bagi two tumbs (ceritanya banyak menekankan percintaan kepada Allah melebihi segalanya)..Buah tangan garapan Noor Suraya tidak mengecewakan, bahkan saya sendiri terbawa-bawa watak Putri Dahlia Megat Qais itu, penangan seorang Dahlia yang digarap Noor Suraya ibarat semuanya 'real' di mata saya..Dahlia hanya menerima Wadi Hannan, sekiranya pemuda itu menjadi seorang pemuda yang soleh, bukan kerana Dahlia tetapi perubahan itu kerana mencintai Allah melebihi segalanya..
Agak unik kerana penceritaannya banyak berkisar tentang teh..Ya, selepas membaca cerita Dahlia, saya turut menyukai teh..Sedangkan sebelum ini, teh hanya pilihan kedua atau ketiga, saya gemar memilih horlick atau milo aja..Kehidupan seorang Dahlia yang tabah bila nay (panggilan Dahlia pada ibunya, seorang mualaf dari Filipina) meninggal akibat diracun, namun disalah anggap nay membunuh diri....menjaga ayahnya Megat Qais Megat Noah yang kena strok dan menyukarkannya bergerak (sehingga menggunakan wheelchair)..Syarikat Teh Timor, perniagaan keluarga terpaksa ditutup akibat banyak berhutang sehingga ia dibeli oleh Wadi Hannan,akhirnya Wadi menawarkan ladang pusaka itu sebagai mahar perkahwinan..Syarat yang diberi Dahlia, Wadi perlu berusaha menjadi seorang yang soleh, yang dapat membimbingnya..kerana bagi Dahlia biar lah pemuda itu berharta, ada paras rupa, keturunan yang baik ,namun, bila agama tiada dalam kehidupannya..dia tetap akan menolak lamaran itu kerana Allah lebih dekat dihatinya...Wadi mengambil masa sebelas tahun demi mencari 'spirit yang hilang' dan mendekatkan diri pada Ilahi, sehinggalah ketika bertemu kembali, masing-masing sudah bersedia..Akhirnya pada usia 35 tahun mereka berkahwin..Begitulah indahnya, meletakkan Allah matlamat utama,pasti tidak mengecewakan...
Saya sebenarnya lebih tertarik dengan Dahlia, lulusan pelajar dari Canberra, Australia yang tahu serba serbi mengenai arkeologi (tak mustahil kerana itu bidang pengajiannya)..telah membawa jauh saya ke Lenggong, Perak..Tempat pertemuan rangka manusia yang dipercayai lebih lama wujud berbanding rangka yang dijumpai di Eropah..Suasana sejuk mendamaikan kehidupan Dahlia di rumah agam tiga tingkat, di Cameron Highlands juga benar-benar menambat hati ini..SubhanaAllah, indahnya alam ciptaan Allah..
No comments:
Post a Comment