Saturday, March 13, 2010

Techno-Daie luar biasa


melihat Islam menguasai dunia

Ya, di segenap tempat rata-rata mulut sudah banyak berbicara mengenai Techno-Daie aka Penyebar risalah para anbiya' melalui medium serba canggih seperti media-massa, internet dan sebagainya..Mereka menggunakan semaksimum mungkin kemudahan technology yang ada demi pembentukkan generasi yang cintakan Allah dan Rasul melebihi segalanya..demi pembentukkan akhlaq yang mulia sebagaimana tugas Rasulullah sendiri "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq manusia"...

Tidak mustahil, penggunaan ICT atau technology ini akan lebih meluas pada masa akan datang kerana kajian menunjukkan kebanyakkan masyarakat pada hari ini lebih teruja kepada laman sosial seperti Facebook, Twitter, Friendster etc..Namun, paling penting sekali adalah niat ketika melayari internet itu seharusnya benar-benar untuk mengajak manusia dari kegelapan kepada nur Islam..Itu pokok utama yang perlu ada dalam setiap diri Techno-Daie..Laman sosial merupakan platform yang paling berpengaruh bagi menarik masyarakat supaya lebih memahami Islam kerana masyarakat pada masa kini lebih terkesan dengan laman sebegitu...

Laman sosial sebenarnya boleh digunakan dengan penuh berkesan jika kita tahu bagaimana cara untuk menggunakannya secara betul menurut kacamata syara'...Jika dilihat di luar negara misalnya, penjenayah menggunakan laman sosial seperti FB dan Twitter sebagai medium untuk melakukan jenayah terancang..Tentu ramai pernah terbaca keratan-keratan akhbar tentang pembunuhan, buli, rogol dan penculikan melalui laman sosial ini...Persoalannya, kenapa ianya berlaku?..Imbas kembali menerusi FB misalnya, kebanyakkan pelayar FB terang-terang mendedahkan maklumat mengenai dirinya menerusi FB, bukan!..Mereka, tanpa rasa ragu-ragu mencatatkan sesuatu di 'Wall' samada kesunyian tinggal sorang di rumah, pergi ke kedai, rasa boring dan sebagainya...Tanpa kita sedar, catatan kita itu boleh di baca oleh semua orang (selalunya kita tak set ianya private) dan apabila ianya berlarutan, penjenayah sudah tahu rutin harian mereka, maka senang untuk melakukan jenayah kerana mangsa sebenarnya mendedahkan diri mereka kepada jenayah itu sendiri...

Itu hanya contoh penjenayah menggunakan laman sosial sebagai medium jenayah terancang..Kalau dilihat Cyber Security Malaysia turut menyatakan kebimbangan sebegini..Cyber Law atau Undang-undang Siber lah biasanya digunakan untuk mengenal pasti bukti untuk menuduh pelaku jenayah siber..Ianya pada masa kini semakin menular ke Malaysia dan tidak mustahil jika kita tidak mengambil tindakan awal, perkara yang lebih dahsyat dan sadis akan berlaku..Berbalik kepada Techno-Daie, sekiranya penjenayah boleh menggunakan dunia siber, dunia tanpa sempadan ini untuk melancarkan serangan dan merancang jenayah, kita seharusnya bekerja lebih kuat dengan menggunakan laman ini sebagai platform yang meluas untuk menyebarkan kefahaman Islam...Sifat diri pemuda-pemudi adalah ingin tahu yang tinggi..Ia merupakan bonus untuk kita mengajak mereka memahami Islam dan menghayati cara hidup Islam, memberi pendedahan bahawa Islam itu indah dan ianya berbeza dengan ideologi dan fahaman selain dari Islam...

Islam itu indah, cuma mereka yang bergelar Muslim, namun jauh praktisnya dari Islam menyebabkan Islam mendapat tempiasnya..Bak kata pepatah, "sebab nila setitik, rosak susu sebelanga"...Kita mahukan Islam mewarnai hidup kita, barulah bermakna kehidupan di atas muka bumi Allah ini..Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment