Yup, begitulah yang selalu saya kena ingatkan pada diri sendiri..Cakap memang senang, nak pujuk diri sendiri satu hal yang susah juga...pujuk hati, lagi sukar sebenarnya...This coming week, ada Annual Law Dinner,maka bertambah-tambah ujian buat diri ini...Temanya Arabian Night..Dah ramai yang keluar shopping beli pakaian bersesuaian dengan tema...
Saya pernah mendengar rancangan Al-Kuliyyah mengenai tajuk 'berhias'...Lupa dah nama ustaznya tapi dalam program minggu itu mereka invite Wardina, one of the panel la...Apa yang saya terkesan, ustaz itu menyatakan "Adalah kita sanggup mengadaikan segalanya hanya kerana menjadi Raja Sehari" dengan make-up tebalnya supaya kelihatan cantik...pakai pakaian yang tidak mengikut syara' semata-mata untuk dilihat cantik pada hari berkenaan..Sebelum ini kita jaga,tapi dalam satu hari semuanya musnah...
Bila difikir-fikirkan balik mengenai kata-kata ustaz..terdetik di hati saya, betul apa yang ustaz cakap..adakah saya mahu ber'tabarruj' semata-mata untuk satu malam Annual Dinner..Saya berperang dalam hati..hati mana yang tidak mahu cantik, dipuji pada malam penuh warna-warni itu..Namun, paling penting, saya tidak akan gadaikan prinsip syara' yang Islam gariskan semata-mata mahu kelihatan menarik di hadapan orang lain even saya sendiri tahu saya juga manusia lemah...sangat-sangat lemah...Nasihati lah saya duhai sahabat yang sering titipkan di bibir dia sahabat...namun, tidak berani menasihati sahabatnya lantaran takut sahabatnya terasa hati...Buangkan perasaan itu...Tegurlah saya...tegurlah~
No comments:
Post a Comment