Sejak seminggu sebelum Pesta Buku di Terengganu Trade Centre (TTC) bermula, message2 dari Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) menerusi sms sudah banyak memenuhi kantung inbox saya..mengenai Dr.Fazley Yaakob, Dr Sheikh Muszaphar dan ramai lagi yang akan datang memeriahkan lagi pesta buku kali ini..PPAT juga invite menerusi Facebook supaya ahli-ahli PPAT berpeluang mengetahui lebih lanjut tentang pesta buku di TTC...Saya juga tak terkecuali peminat buku-buku keluaran Karangkraf, Telaga Biru, Galeri Ilmu, Jemari Seni dan banyak lagi..Terdetik di hati if ada buku 9 nyawa garapan Ramlee Awang Murshid, pasti akan beli..Lama juga saya survey sekitar area KT dan Gong Badak, juga tak jumpa..Bila pergi Pustaka Mukmin di Jalan Masjid India, juga tak jumpa..pelik juga..
Semalam, hari last pesta buku, lagipula sebelum ni dah ke UKM, tak sempat nak singgah kejap kat pesta buku...saya dan tiga rakan rapat terus ke TTC selepas usai solat Zohor..Ramai juga murid-murid dan pelajar-pelajar sekolah menengah...oleh kerana hari last, sudah ada beberapa booth bersiap-siap untuk pulang selepas lebih seminggu bermusafir di pantai timur..
Sempat juga meninjau buku-buku baru di Telaga Biru..saya teringin untuk beli buku baru hasil garapan zauj kak.Syarha..ada kaitan dengan dunia medik..namun, hampa sebab kebanyakkan buku yang dibawa adalah limited...Sempat juga saya survey-survey buku Hilal..VT, Terasing, Langit Ilahi dan Remaja Mulia..Nampak sambutan semakin menggalakkan dan sesekali saya turut mempromosikan buku-buku hasil ilham anak muda kelahiran Johor itu kepada rakan2 yang ikut serta ke TTC..
Nota Kaki: Selamat bercuti buat semua kawan-kawan Jessupian, esok adalah hari Pertabalan Sultan Terengganu..So, kami cuti..Buat mereka yang masih belum hilang letih dari bertarung hari tu, dengan lambakan assignment..Semoga Allah membantu anda supaya recover dengan lebih cepat..Ameen~
NAIMI KENAL CORAK CADAR PINK TU.....
ReplyDelete