Monday, March 8, 2010

Hari-hari dalam hidupku..


grab from Google

Bermula pagi tadi, kelas Public International Law (PIL) , Miss Maheran bersemangat bagi lecture dengan round seluruh Legal Clinic..Tajuk hari ini ialah State Territory..Selalunya kami akan bawa bersama buku Abdul Ghafur..buku teks untuk students yang amik PIL kat mana-mana Universiti..Selalunya Miss takkan bagi notes nya pada kami...Kami selalu google aja untuk cari powerpoint Abdul Ghafur..Ternyata ianya lebih senang..

Selepas usai makan pagi merangkap makan tengahari di Kafe Halimah, kami teruskan ke kelas Miss Ahlam, tajuknya Debt Finance and Director..Alhamdulillah, hari ni agak boleh concentrate, maybe sudah tiada beban fikirkan Jessup..Kebetulan kelas juga habis awal dari biasa..Sempatlah khailullah sekejap sebelum solat zohor..

Petangnya, kelas Law of Banking oleh Miss Kamaliah..Hanya presentation sahaja petang itu...Mengenai relationship between banker and customer and traveller's cheque..Lepas tu kami ke kelas Law of Insurance a.k.a Takaful oleh Sir Naziree Md Yusof...Alhamdulillah, Sir bagi list nama untuk present esok, kebetulan kami yang kena present..Deficit and surplus: legal analysis and islamic perspective...Lepas tu, kami ada kelas Law of Probate dengan Sir Belteshazzar, mengenai testacy and intestacy dan juga personal representatives..panjang umur,jumpa esok,sayonara~

Red Alert:ANKARA,Turki.. 8 Mac - Sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh akibat gempa bumi yang berlaku di kawasan perkampungan pedalaman di timur Turki awal hari ini."Jumlah kematian mencapai 51 orang," kata seorang pegawai dari bahagian krisis pejabat gabenor wilayah Elazig kepada AFP menerusi telefon.Mangsa-mangsa yang terkorban ialah di beberapa kampung yang berada berhampiran pusat gempa dekat bandar Karakocan.Kira-kira 100 orang mengalami kecederaaan, menurut agensi keadaan kecemasan di Ankara.Gempa bumi dengan kekuatan 6 pada skala Richter berlaku pukul 4.32 pagi waktu tempatan (10.32 pagi waktu Malaysia) kira-kira lima kilometer dari permukaan bumi. - AFP

TAIPEI 8 Mac - Satu gempa bumi dengan kekuatan 5.1 pada skala Richter berlaku di Taiwan hari ini, kata biro pusat kaji cuaca, tetapi tiada laporan kerosakan atau kecederaan dilaporkan setakat ini.Gempa itu berlaku pukul 5.26 petang kira-kira 16 km di tenggara bandar Chiayi dengan berpusat 14 km di bawah tanah. - AFP

"Dunia semakin tua, moga semakin tertingkat amalan kita"

No comments:

Post a Comment