Friday, February 4, 2011

Perbezaan itu Indah


from mr.google

Miskin atau kaya, putih atau hitam, cantik atau hodoh, tinggi mahupun rendah merupakan satu perbezaan ketara bagi sesetengah orang. Namun, jika mereka benar-benar memahami konsep kemuliaan di sisi Allah yang sebenar, hati mereka akan lapang dan benteng perbezaan tadi akan roboh secara automatik..Kerana yang mulia di sisi Allah adalah mereka yang bertaQwa kepadaNya...taQwa sebagaimana dinyatakan Saidina Umar apabila di tanya "Jika kamu melalui jalan penuh onak dan duri, apakah yang akan kamu lakukan?" Lalu di jawabnya "Aku akan berhati-hati ketika melaluinya"...Itulah intipati taQwa..

Dalam dunia hari ini, jika kita lihat, ada bermacam jenis manusia, berkulit gelap, putih, cantik dan ada yang kurang cantik, ada berpangkat, ada yang tidak. Tapi itu semua bukanlah ukuran yang di ambil kira oleh Allah kerana semua itu hanya bersifat sementara sahaja..Ada parents yang sama cantik sama padan ,tapi anak biasa-biasa sahaja...ada parents yang biasa tetapi mendapat anak yang comel, lain terus dari mereka...Ini sebenarnya menunjukkan kekuasaan Allah...Jadi jangan terasa terguris hati...

Ada juga yang jenis suka menegur "Eh, gelapnya dia, lain terus dengan emaknya yang cerah", ada juga yang kata "Eh, awak ni lain ye dengan parents awak?"...Macam-macam cakap-cakap orang...Ada juga yang menyatakan sedemikian adalah mereka-mereka yang sudah lama berada dalam DnT..Bagi saya, mungkin proses yang dilalui belum cukup mengubah peribadinya...Hanya mendengar secara teori tanpa praktis adalah bahana yang cukup besar...

Bukan sahaja adat Melayu penuh kesantunan malah pada zaman Rasulullah sendiri, apabila ada sahabat Abu Dzar Al-Ghifari (if i'm not mistaken) pernah berkata kepada Bilal bin Rabah " Hai anak orang hitam" begitulah dialog lebih kurang...Lalu Rasulullah menegur Abu Dzar dengan berkata karat-karat jahiliyyah masih ada dalam dirinya dengan berkata sedemikian...Cuba lihat di zaman Rasulullah sendiri, Rasulullah melarang keras segala bentuk cacian mahupun kekasaran dalam berbahasa...Begitu santunnya Rasulullah..Jika kita mengatakan kita sayang dan cinta Rasulullah,mengapa tidak mencontohinya?

Ada juga kisah di mana seorang sahabat yang kakinya kurus keding, lalu di kata Rasulullah, walaupun kakinya kurus namun timbangan amalannya lebih berat dari Jabal Uhud..Manusia yang lemah hanya melihat pada luaran yang terzahir di mata yang sering menipu...Cuba buka mata anda 360 darjah menggunakan "kacamata" bertunjangkan syariat Allah, tentunya pandangannya menjurus kearah kebaikan, ingatlah segala cantik atau hodoh, gelap atau cerah itu ciptaan Allah...Jika kita mencela seseorang bermakna kita mencela ciptaan Allah...tidak kah begitu?...

Jika di beri pilihan semua tidak mahu ada kekurangan, semua mahu kaya, handsome, cantik, berpangkat...Siapa tidak inginkan lelaki seperti Nabi Yusuf yang paling rupawan di dunia ini mengalahkan Maher Zain, Enrique Iglesias, Channing Tatum, Orlando Bloom, Brad Pitt ataupun lawa seperti Wardina Safiyyah, Nur Fathia, Natalie Portman, Gisele Bundchen..Namun, Allah menjadikan kita berbeza-beza supaya kita berfikir tentang kekuasaanNya..Banyak bermuhasabah...Jika semua kaya, tiada peluang beramal menolong yang miskin..Begitu sebaliknya...

Sekiranya pemimpin hanya untuk yang tinggi sahaja, tiada peluanglah Sarkozy, Gloria Macapagal Arroyo menjadi presiden kerana mereka rendah...Malah Sarkozy sendiri mengenakan insoles atau membuat kasut ada heels sikit supaya kelihatan tinggi ketika bergandingan denga Bruni..Pendek kata, semua itu hanya menjadi ukuran di dunia namun di akhirat tiada beerti kerana benchmark di Padang Masyhar cukup berbeza...

2 comments: